Sesi Pengajian 2009/2009 telah bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين الذى وفقنا لخدمة دينه ونفع عباده، والصلاة والسلام على المبعوث رحمة للعالمين محمد بن عبد الله وعلى آله وأصحابه أجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersama-sama hadir di majlis Taaruf pelajar-pelajar Sesi Pengajian 2009 Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pentadbiran ,Bhagian akademik dan Hal Ehwal Pelajar MARSAH, kerana berjaya merekrut seramai 154 (DPI 96 Sya 23 Usul 9 Tahfiz 28) orang pelajar bagi sesi pengajian 2009/2010 . Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ibu/bapa yang memilih MARSAH menjadi wadah pengajian anak –anak yang di kasihi

أهلا وسهلا ومرحبا بكم فى مرسة

Kita menganggap pelajar warga baru MARSAH ini sebagai anak-anak kita justeru sudah pastinya kita ingin melihat mereka berjaya dan cemerlang berkualiti, berketerampilan, dedikasi, inovatif, muslim akademik mujtahid, mufakkir dan sahsiah – sahsiah lain yang amat diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam di masa-masa akan datang. Salah satu aspek penting dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti adalah melalui pembangunan pelajar yang seimbang baik dari segi akademik, sahsiah mahupun kerohanian mereka. Maka diharap dan didoakan kita mendapat taufeq dan hidayat daripada Allah S.W.T menjuruskan mereka ke arah matlamat yang dituju dan objektif yang digarap. Saya percaya melalui forum, kulliyah, sukatan pelajaran, bimbingan guru –guru yang berpengalaman, pemantauan daripada HEP sokongan bahagian pengurusan dan semua progran yang di susun dapat membentuk pelajar dan membantu Institusi Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) dalam menghasilkan graduan berkualiti dalam bidang-bidang yang telah mereka ikuti. Saudara-saudari yang dihormati sekelian, Generasi pelajar ini merupakan golongan yang akan menjadi ulama’ dan umara’ pemimpin negara pada masa hadapan. Oleh itu, adalah menjadi harapan kita generasi pelapis kepimpinan masa depan ini mempunyai sifat-sifat berketrampilan, berkemahiran dalam pelbagai bidang dan berpekerti mulia. Hasrat ini tidak akan berjaya tanpa adanya perancangan yang strategik dan kerjasama daripada semua pihak. Penekanan wajar ditumpukan pada tujuh (7) ’attribute’ untuk diterapkan kepada para pelajar iaitu, Communication Skill; Team Working; Problem Soving; Adaptibility; Self Esteem; Life Long Learning, dan Ethic & Integrity. Diharap dengan penerapan kemahiran generik ini, para pelajar dapat memperlengkapkan diri mereka bukan sahaja untuk menghadapi alam pekerjaan yang kompetetif bahkan menyiapkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan pada masa hadapan melalui proses pembelajaran intensif dan konsisten atau istiqamah dengan mengambil kira kesemua nilai-nilai akhlaq yang mulia. Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT merupakan entiti yang bertanggungjawab mengawal selia semua aktiviti yang melibatkan pelajar. Maka dasar yang dipilih dan dilaksanakan HEP turut mempengaruhi pembentukan mahasiswa-mahasiswi cemerlang dan berkualiti. berasaskan kepada lima (5) dasar utama HEP iaitu kesejahteraan pelajar, kecemerlangan akademik, pelajar yang berdisiplin, gaya hidup sihat dan budaya terpilih. Dengan dasar dan garis panduan ini diharap dapat memberi hala tuju yang jelas dalam merancang pembangunan pelajar untuk membentuk insan berkualiti. Semua pihak yang terlibat dalam pembangunan pelajar juga perlu melihat keperluan untuk melengkapkan para graduan bagi menghadapi era globalisasi. Para graduan perlu didedahkan dengan kemahiran ICT yang terkini agar mereka bersedia menghadapi cabaran dan tidak ketinggalan dalam perubahan pesat dunia dalam arus globalisasi. Para pelar yang dikasihi sekelian , Diatas segala yang di sebutkan itu adalah semangat,niat yg ikhlas, kesabaran, menghormati guru melaksanakan adab dan akhlaq yang tinggi himmah yang tinggi perlu menjadi kreteria utama setiap pelajar yang berkualiti dan berketerampilan. Dalam Islam kita di ajar mencapai yang terbaik dan yang tertinggi, sabda Nabi S.A.W

إذا سألتم الله فسألواالفردوس فإنه أعلى الجنة.... رواه البخاري ومسلم

“ Jika kamu memohon kepada Allah mintalah syurga Al-Firdaus, kerana sesungguhnya ia adalah syurga yang tertinggi” Akhir kata, saya ingin meminjam kata Al-Imam As Syafie R. A.

قال الشافعي رحمه الله: اصبر على مـر الجفـا من معلم ... فإن رسوب العلم في نفراته ومن لم يذق مر التعلم ساعــة ... تجرع ذل الجهل طول حياته ومن فاتـه التعليم وقـت شبابــه ... فكبّر علــيه أربـعــا لوفاتــه وذات الفتى والله ِ بالعلم والتقى ... إذا لم يكونا لا اعتبار لذاته وقال رحمه الله أيضا: أخي لن تنال العلم إلا بستة ..... سأنبيك عن تفصيلها ببيان ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة ...... وصحبة أستاذ وطول زمان

وبِالله التوفيقُ والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Pendaftar MARSAH

Pengumuman

Agenda : Majlis Anugerah Dekan Isnin 02 Mac - Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan mengadakan Majlis Anugerah Dekan bagi menghargai keputusan akademik yang cemerlang yang diperolehi oleh para pelajar MARSAH. Majlis tersebut akan diadakan pada :-
Tarikh :6 Mac 2009
Masa : 3.00 ptg
Tempat: Kompleks Mawar Johor Bahru
SENARAI PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH DEKAN DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM
BIL.
NAMA PELAJAR PNG
1
ABDUL QAYYUUM BIN YUSOF 3.54
2
AHMAD IKMAL SYUKRI BIN BURHANUDDIN 3.63
3
ANIS AMIRA BINTI BAHARUDIN 3.53
4
ANWAR BIN HASSAN 3.56
5
AZIMAH BINTI AMRAN 3.9
6
AZIZAH BINTI AHMAD 3.51
7
FATIMAH BINTI SALIAN 3.74
8
FATKHIAH BINTI SARIP 3.84
9
JUNAIMAH BINTI MAKON 3.74
10
MELATI BINTI MOHD HUSSEIN 3.79
11
MOHAMMAD ASMADI BIN SAHAR 3.53
12
MOHAMMAD NAQUIDDIN BIN MAHAD 3.58
13
MOHD AZLAN SHAH BIN MARLAN 3.56
14
MOHD HAZIQ BIN SUHAIMI 3.63
15
MOHD HAZRIEE BIN HAMDAN 3.82
16
MOHD NIZAM BIN SAPARI 3.53
17
MOHD NORFAHMY BIN MOHD YASIN 3.56
18
MOHD ROZANIE BIN MOHD AMIN 3.68
19
MUHAMMAD ZULHELMI BIN ESKAK 3.56
20
MUHD. HARIZ BIN JAAFAR 3.56
21
MUHD. LUTFI BIN MD. LATIB 3.79
22
NOOR SHAREER BIN HADI MUNIR 4
23
NOORFAIZI FAHARIAH BINTI HAMZAH 3.63
24
NOR ISMI BINTI ALI 3.56
25
NORAISHAH BINTI ABD. AZIZ 3.6
26
NORASIKIN BINTI MOHD ANUAR 3.74
27
NORAZLIN BINTI AMIR 3.77
28
NUR ANISAH BINTI MOHD NOOR 3.84
29
NURSYAZWANI BINTI ZAINAL 3.63
30
NURUNNA’AIM BINTI AHMAD TABRANI 3.63
31
SALEHA @ SALASIAH BINTI MD PAZEL 3.67
32
SITI AISYAH BINTI SALMAN 3.74
33
SITI AZREEN BIN MD AZIZ 3.9
34
SITI HAJAR BINTI ALI 3.79
35
SITI NURUL AIZA BINTI MISRAN 3.56
36
SULASERI BINTI SAIRAN 3.63
37
SYADWANI BINTI NOHD MAAMUR 3.51
38
SYAFIQ ALQAYYOUM BIN MOHD KAMAL 3.56
39
ULFA SHAHIDA BINTI ABDUL MAJID 3.82
40
ZAKIAH BINTI MOHD TAIB 3.68
41
ZARINA BINTI SABRAN 3.68
42
ZUBAINAH BINTI CHE AWANG 3.79
SENARAI PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH DEKAN DIPLOMA SYARIAH
BIL.
NAMA PELAJAR PNG
1
KHADIJAH BINTI SURI 4.00
2
MOHD SIDDIK BIN MAIDIN KUTTI 3.55
3
MUHAMMAD ALA’UDDIN BIN HAMIZAN 4.00
4
MUNIRAH BINTI BADEKRUZAMAN 3.76
5
NORHAFIZA BINTI MOHD NOOR ACHOK 3.50
6
NUR RASHIDAH SABANI 3.57
7
SAKINAH UMAIRAH BINTI MOHAMMED IBRAHIM 3.66
8
SITI NUR RAUDHA BINTI ABD WAHAB 3.63
9
SUSANTI BINTI ABD RAZAK 3.88
10
SYED SUFI BIN SYED ABU BAKAR 4.00
SENARAI PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH DEKAN USULUDDIN
BIL.
NAMA PELAJAR PNG
1
ABDUL HALIM BIN KASMURI 3.58
SENARAI PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH DEKAN DIPLOMA TAHFIZ (JAKIM)
BIL.
NAMA PELAJAR PNG
1
ABDULLAH BIN HJ EMBONG 3.82
2
AHMADABDULLAH BIN MONSHI 3.84
3
FATIMAH ZAHRAA BINTI OMAR 3.69
4
NUR AMALINA BINTI KAMARUDIN 3.65
5
NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ARSHAD 3.78
6
NURUL MAIZATUL AMIRA BINTI KAMARUZAMAN 3.84
7
SHARIFAH NOORHIDAYAH BINTI SYED AZIZ 3.56
8
SITI AISYAH BINTI JOHAN 3.72
9
SITI FARHAH ADIBAH BINTI MOHD SHAKIB 3.88
10
SITI FATIMAH BINTI JOHAN 3.67

Pengumuman

Kepada : Pensyarah MARSAH

Muat Turun Borang JSU Klik Disini

Pengumuman

Kepada Semua Pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH):

Rabu 04 Februari -"The Statutes Of Malaysia" kini boleh didapati di MAKTABAH. Sila hubungi pihak Maktabah untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum.

Peristiwa

Bulan Aman Palestin di MARSAH


Jumaat , 30 Januari 2009 - Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) dengan kerjasama bersama Aman Palestin Berhad bahagian Johor melalui wakilnya Mohd Fauzi Bin Abd Hamid, Setiausaha Eksekutif Aman Palestin Berhad telah mengadakan program Bulan Aman Palestin yang bertujuan untuk mewujudkan satu suasana bersama-sama bersimpati dan kasih terhadap saudara-saudara seagama yang sedang mengalami kemelut peperangan di negara Al-Quds, Palestin.

Program yang diisi dengan ceramah, jualan, tayangan, pameran serta kutipan derma tersebut sampai ke kemuncaknya pada hari Jumaat, 28hb Januari 2009 dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Ustaz Salleh Bin Sanwan selaku Pendaftar MARSAH. Hasil kutipan yang terkumpul melalui program ini adalah berjumlah RM 1715.60. Ianya akan diserahakan kepada wakil Aman Palestin Berhad sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan wang yang didermakan tersebut sampai ke tangan mereka yang memerlukan.

Pihak MPMM, selaku penganjur program di kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Terutama kepada pihak pentadbiran MARSAH, Aman Palestin Berhad, Ahli Jawatankuasa MPMM serta pelajar-pelajar yang turut terlibat secara langsung di dalam memastikan program-program yang kami rancangkan sepanjang bulan Januari lalu berjalan dengan lancar. Apa yang kami harapkan dari program-program seperti ini ialah para warga Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dapat merasakan semangat ukhuwah islamiah yang jitu yang akan seterusnya membawa kepada penyatuan umat. Sekian. Wassalaamua’alaikum.

Presiden MPMM.


ZIKRA HIJRAH 1430

• Hari ini 29 Dis 2008 seluruh dunia Islam berdiri mengambil iktibar dan pelajaran daripada zikrah Al-Hijrah meninggalkan kehidupan yang telah berlalu dengan segala yang baik mahupun yang tidak baik dalam keadaan kita tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Allah S.W.T tehgadap kita. Kita menyambut kedatang tahun baharu 1430 Hijrah juga dalam keadaan kita tidak tahu apa yang akan Allah lakukan dan apakah bentuk-bentuk ujian yang akan kita hadapi dan apa pula cabaran,fitnah,dan bala' bencana yang akan melanda kita.
ما تدري نفس ما ذا تكسب غدا، وما تدري نفس بأي أرض تموت، إن الله عليم خبير
• Hijrah adalah titik perubahan yang berlaku dalam sejarah manusia umumnya danb umat Islam khususnya. Ia merupaka permulaan perpindahan dari lemah kepada kuat, daripada kehidupan yang tidak tentu arah kepada kehidupan yang bermakna,mantap, mulia,bahagia di dunia dan akhirat
• Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.yang bermula dari Makkah ke Madinah setelah kaum Musyrikin melakukan berbagai-bagai rintangan terhadap orang Islam hanya kerana mereka mengatakan : "Rabbuna Allah" banyak mengandungi pengajaran yang mendalam dan berkesan kepada jiwa orang-orang yang mulia dan mempunya maruah harga diri:
إن فى ذلك لذكرى لمن كان له قلب أو ألقى السمع وهو شهيد
• Di antara pengajaran yang dapat kita raih daripada peristiwa agaong ini: 1. Seorang yang mempunyai mabda' perinsip yang benar dan mulia tidak akan bersikap tawarmenawar berdolakdalik apatah lagi menyimpang dari ajarannya, tetapi ia tetap akan berjuang mempertahankannya dengan apa jalan sekali pun, segala kesukaran dan rintangan yang datang dari kiri dan kanan akan dihadapi dengan keyakinan dan kesabaran sehingga berjaya walau pun dengan membayar pengorbanan yang mahal malahan kadang-kadang sampai mengorbankan nyawa
2. Pemuda pemudi yang diasuh dengan prinsip agama yang benar akan berperanan sebagai wira-wira kebenaran lihat Aisyah r.a. yang menyediakan makanan dan bekalan kepada dua orang muhajiran teragong Muhammad dan Abu Bakar, Asma' (Zatin Nitaqain) r.a. yang bertindak sebagai penyampai bekalan, Abdullah bin Abu Bakr r.a.sebagai perisis dan pembawa berita… Ali bin Abi Tolib r.a. saorang pemuda yang memainkan peranan agong sebagai pejuang berani mati yang sanggup tidur di atas katil Rasulullah s.a.w. dan bersedia menghadapai sebarang kemuyngkinan maut ……….. tidak ketinggalan Abdul Rahman bin Auf ahli perniagaan yang kaya raya yang banyak menyumbangkan hartanya untuk menjayakan rancangan Hijrah secara besar-besaran dan ramai lagi hero-hero wira-wira Maal Hijrah
3.Allah sentiasa menolong sesiapa yang mahu menolong menegakkan agamaNya yang mulia
إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثاني اثنين إذ هما فى الغار إذ يقول لصاحبه لا تحزن إن الله معنا، فأنزل الله سكينته عليه وأيده بجنود لم تروها وجهل كلمة الذين كفروا السفلى وكلمة الله هي العليا، والله عزيز حكيم
Allah menolong NabiNya dengan sebesar-besar pertolongan hingga kepada selemah-lemah tenteraNya iaitu dengan dibantu dengan dengan sulaman sarang lelabah dan telur burung merpatiu yang mengawal dan membentengi tempat persembunyian Nabi S.A.W dan sahabatnya Abu Bakr r.a.
إن فى ذلك لعبرة لمن يخشى
• Seluruh umat Islam perlu berhijrah dalam erti kata hijrah yang luas Hijrah aqedah; membasmi segala rupa kepercayaan yang bercanggah dengan aqedah Islam yang suci Hijrah amal soleh; masih terlalu sangat banyat mungkar maksiat yang dilakukan diperingkat individu,masyarat setempat dan antara bangsa Hijrah Ilmu pengatahuan dengan mengikut sumber-sumber Islam yang sohih,kerana masih ramai masyarakat Islam yang jahilkan agamanya yang telah dianuti sejak 15 abad yang silam
لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية
Jika umat Islam hari ini tidak sanggup melakukan pengajaran daripada Hijrah kita akan hancur dimamah oleh umat –umat lain yang bukan Islam seperti yang berlaku pada hari ini……yang telah diramalkan oleh Rasulullah s.a.w. dadal hadithnya:
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ بَكْرٍ حَدَّثَنَا ابْنُ جَابِرٍ حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ السَّلَامِ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Apa yang dapat kita lakukan ?
Selain daripada kita perbaiki iman kita dengan kerja-kerja dan perancangan yang baik, kita kena banyak beristigfar mohon pengampunyan kepada Allah s.w.t. dan memohon pertolongan daripadanya:
قال الله تعالى : وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
" Dan katakanlaha (Ya Muhammad) Tuhanku masukkan aku di tempat masuk yang benar dan keluarkan aku dari tempat keluar yang benar dan jadikan untukku dari sisiMu kekuasaan yang mendapat pertolongan"
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والله غفور رحيم
MOHAMED SALLEH SINWAN
PENDAFTAR MARSAH

Pengumuman

Kepada : Semua Pelajar Diploma Syariah Islamiah & Usuluddin (2008/2009)

Cuti pertengahan semester bermula pada 27hb Oktober 2008 hingga 23hb November 2008(4 Minggu).Saudara/Saudari diwajibkan melapor dan menandatangani buku daftar keluar asrama pada 24hb Oktober 2008 kepada Warden Asrama Putera bagi pelajar lelaki dan Warden Asrama Puteri bagi pelajar perempuan. Semua pelajar diwajibkan mendaftar semula pada atau sebelum 23hb November 2008.

Pendaftar, Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH).


Berita 1


Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menghantar pelajar untuk mengikuti pengajian di Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia pada 21.10.2008 di terminal feri The Zon,Johor Bahru.