Diploma Tahfiz Wal Qiraat
Melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan
Al - Quran.
Diploma Syariah Islamiyah
Menekankan pengajian secara khusus tentang pengajian ilmu dan hukum hakam berkaitan dengan syariat Islam.
Diploma Usuluddin
Pengukuhan prinsip Islam yang berkaitan dengan pemantapan aqidah melalui akal fikiran yang logik.
Diploma Pendidikan Islam
Kefahaman berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada bakal
Guru - Guru Agama Kerajaan
Negeri Johor.
Sijil Kemahiran Bahasa Arab
Kursus kemahiran Bahasa Arab ditawarkan untuk persediaan melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
Selasa, 17 Nov 2009 -
Taklimat Sesi Pengajian Sem 2 oleh Ketua - Ketua Jabatan.

Selasa, 14 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 7
Tajuk : Aplikasi ICT DAlam Proses Pengajaran & Pembelajaran

Selasa, 10 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 6
Tajuk : Pengurusan Stress

Selasa, 10 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 5
Tajuk : 1. Psikologi Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran
           2. Pedagogi Dalam Pengajian Islam

Khamis, 5 Nov 2009 -
Lawatan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir.

Isnin, 19 Okt 2009 -
Penandaan berpusat kertas peperiksaan semester 1, 3 dan 5 sesi 2009/2010 di Bilik Mesyuarat dan Bilik VIP.

Isnin, 12 Okt 2009 -
Pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan bertempat di Darul Quran, JAKIM Kuala Kubu Bahru, Selangor bermula sehingga 15 Oktober 2009.

Sabtu, 10 Okt 2009 -
Cuti akhir semester Diploma Tahfiz Al - Quran bermula sehingga 18.10.2009

Jumaat, 9 Okt 2009 -
Hari Terbuka Aidilfitri MARSAH

Isnin, 5 Okt 2009 -
Peperiksaan Akhir Semester 1 dan 3 Sesi Pengajian 2009/2010 Diploma Pendidikan Islam bermula sehingga 16 Oktober 2009.

Khamis, 1 Okt 2009 -
Mesyuarat Tabung Kebajikan Kakitangan MARSAH (TKKM) Bil.03/2009

Khamis, 17 Sept 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam Bil 5/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat MARSAH.

Selasa, 15 Sept 2009 -
Mesyurat Jabatan Syariah & Usuluddin Bil 04/2009

Selasa, 15 Sept 2009 -
Program Khatam Al Quran sempena bulan Ramadhan bertempat di Surau Al Firdaus.

Isnin, 14 Sept 2009 -
Peperiksaan akhir Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat semester 1, 3, 5 & 7 bermula sehingga 6 Oktober 2009

Khamis, 10 Sept 2009 -
Peperiksaan akhir Diploma Tahfiz Wal bermula.

Selasa, 8 Sept 2009 -
Perbincangan Ihfifal Ilmi Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2009.

Jumaat, 4 Sept 2009 -
Penyerahan set soalan Peperiksaan & PMM Semester 1 dan 3 bagi kursus Diploma Pendidikan Islam.

Jumaat, 21 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Tahfiz 04/2009

Selasa, 18 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam bertempat di BIlik Mesyuarat.

Jumaat, 14 Ogo 2009 -
Bengkel Penyediaan Dokumen Audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Hotel Selesa bermula sehingga 16 Ogo 2009.

Selasa, 11 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Tahfiz 03/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat MARSAH.

Isnin, 10 Ogo 2009 -
Lawatan sambil belajar Guru - Guru Islam Thailand

Jumaat, 7 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Syariah Islamiah di Bilik VIP MARSAH.

Selasa 4 Ogo 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 4
Tajuk : Penerangan audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) oleh En. Badaruzzaman B. Abu Bakar (Pengarah Bhg MQA)

Selasa, 4 Ogo 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 3
Tajuk : Kaedah Penilaian & Pemarkahan oleh Dr. Azhar B. Muhamad (Pengarah Pusat Islam UTM)

Selasa, 28 Julai 2009 -
Mesyuarat Jabatan Syariah Islamiah & Usuluddin Bil.03/2009

Selasa, 21 Julai 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam Bil.03/2009

Selasa, 30 Jun 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 2

Selasa, 23 Jun 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 1


Coretan 2009
Tahun 2002

Isnin, 14 Jan  2002 – Pusat Pengajian Islam dan Kemanusiaan, Uni. Sains Malaysia membuat temujanji Lawatan ke MARSAH untuk tujuan soal selidik jam 10.00 pagi. Ianya bertujuan membentuk kerjasama antara Uni. Sains Malaysia dengan Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH).

Jumaat – Ahad, 18–20 Feb 2002 –  Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Mahasiswa Kuliyah Syariah dan Tahfiz tahun Tiga mengadakan program Khidmat Siswa di Kampung Parit Lapis Sri Dalam, Senggarang, Batu Pahat. Antara lain, program anak angkat dan sebagainya.

Khamis, 31 Jan 2002 –  Jabatan Tahfiz MARSAH menganjurkan satu lawatan kerja ke Maahad Tahfiz Melaka Chenderah Jasin dan Kolej Islam Melaka (K.I.M). Anggota rombongan yang hadir ialah Pendaftar, Ketua Jabatan Tahfiz, Ketua Jabatan Syariah/Uuluddin, Pustakawan, 2 orang pensyarah Syariah/Usuluddin, Semua pensyarah Tahfiz, 2 orang wakil dari Jabatan Agama Islam (Bhgn. Pendidikan), 2 orang daripada MAIJ, 2 orang wakil dari Sek. Maahad Johor, 4 orang wakil pelajar tahfiz dan 2 orang wakil dari pelajar Syariah/Usuluddin. Tiba di sana jam 12.00 tengahari. Layanan dan sambutan yang diberi amat baik dan muhibbah. Tujuan lawatan diadakan untuk Mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah islamiah, Melihat cara pembelajaran dan pengajaran berorientasikan keIslaman disamping mempromosikan MARSAH, Mendapatkan maklumat-maklumat ilmiah tentang cara pengurusan dan pentadbiran khasnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik.

Khamis – Jumaat, 4–5 Apr 2002 – Lawatan Muhibbah Sambil Belajar di Kolej Islam Darul Ridzuan (KIDR). Antara guru pengiring pada program lawatan tersebut Doktor Omar Asomali, Ust Nasir bin Amir, Ust. Mohd Khidir, Ustazah Rafidah. Masa bertolak pada pukul 9.00 malam.

Selasa – Jumaat, 28 Mei hingga 1 Jun 2002 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar membuat program Minggu Haluan Siswa bagi meraikan pelajar-pelajar yang baru berdaftar di MARSAH. Tahniah kepada calon yang ditawarkan. Semoga pelajar-pelajar dapat melakukan yang terbaik untuk MARSAH. Aktiviti-aktiviti sukan juga diadakan bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar baru yang berbakat sekaligus  dipilih untuk menyertai Sukan IPTIM. Tema Buku Program Haluan Siswa kali ini ialah “ UKHWAH TERAS KECEMERLANGAN”. Program Minggu Haluan Siswa tersebut dirasmikan oleh Y.B. Tuan Hj. Hamzah bin Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Majlis Penutup pula dirasmikan oleh Prof. Madya Haji Selamat bin Hashim, Pengarah MARSAH.

Khamis, 01 Ogos 2002 – MARSAH berjaya mengeluarkan graduannya yang ke tiga pada Majlis Konvokesyen Ke 3 yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Islam Johor pada hari Khamis, 1 Ogos 2002 bersamaan 21 Jamadilawal 1423 H. Majlis tersebut juga disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Seramai 31 orang graduan telah dianugerahkan Diploma Syariah Islamiah dan 5 orang graduan dianugerahkan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.















Isnin – Ahad, 12–18 Ogos 2002 – Seramai 3 orang wakil dari Universiti Kaherah diundang semula untuk membuat lawatan ke Malaysia disamping majlis menandatangani memorandum persefahaman antara institusi pengajian tinggi islam negeri-negeri dengan Universiti Kaherah, Mesir.
Sabtu, 23 Nov 2002 – MARSAH mengadakan satu Forum Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan, pensyarah dan pelajar-pelajar MARSAH. Majlis tersebut bermula pada pukul 5.00 petang.

22 Disember 2002 hingga 8 Januari 2003 –  Pertandingan Sukan Antara Kuliyyah Sesi 2002/2003. 19 orang pelajar terlibat


Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07 2232 700 | Tel: 07 2263 440 (Pejabat) | Fax: 07 2269 485 |
contact :- marsah97@hotmail.com
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
© 2008 MARSAH. Hak Cipta Terpelihara.