Diploma Tahfiz Wal Qiraat
Melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan
Al - Quran.
Diploma Syariah Islamiyah
Menekankan pengajian secara khusus tentang pengajian ilmu dan hukum hakam berkaitan dengan syariat Islam.
Diploma Usuluddin
Pengukuhan prinsip Islam yang berkaitan dengan pemantapan aqidah melalui akal fikiran yang logik.
Diploma Pendidikan Islam
Kefahaman berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada bakal
Guru - Guru Agama Kerajaan
Negeri Johor.
Sijil Kemahiran Bahasa Arab
Kursus kemahiran Bahasa Arab ditawarkan untuk persediaan melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
Selasa, 17 Nov 2009 -
Taklimat Sesi Pengajian Sem 2 oleh Ketua - Ketua Jabatan.

Selasa, 14 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 7
Tajuk : Aplikasi ICT DAlam Proses Pengajaran & Pembelajaran

Selasa, 10 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 6
Tajuk : Pengurusan Stress

Selasa, 10 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 5
Tajuk : 1. Psikologi Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran
           2. Pedagogi Dalam Pengajian Islam

Khamis, 5 Nov 2009 -
Lawatan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir.

Isnin, 19 Okt 2009 -
Penandaan berpusat kertas peperiksaan semester 1, 3 dan 5 sesi 2009/2010 di Bilik Mesyuarat dan Bilik VIP.

Isnin, 12 Okt 2009 -
Pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan bertempat di Darul Quran, JAKIM Kuala Kubu Bahru, Selangor bermula sehingga 15 Oktober 2009.

Sabtu, 10 Okt 2009 -
Cuti akhir semester Diploma Tahfiz Al - Quran bermula sehingga 18.10.2009

Jumaat, 9 Okt 2009 -
Hari Terbuka Aidilfitri MARSAH

Isnin, 5 Okt 2009 -
Peperiksaan Akhir Semester 1 dan 3 Sesi Pengajian 2009/2010 Diploma Pendidikan Islam bermula sehingga 16 Oktober 2009.

Khamis, 1 Okt 2009 -
Mesyuarat Tabung Kebajikan Kakitangan MARSAH (TKKM) Bil.03/2009

Khamis, 17 Sept 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam Bil 5/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat MARSAH.

Selasa, 15 Sept 2009 -
Mesyurat Jabatan Syariah & Usuluddin Bil 04/2009

Selasa, 15 Sept 2009 -
Program Khatam Al Quran sempena bulan Ramadhan bertempat di Surau Al Firdaus.

Isnin, 14 Sept 2009 -
Peperiksaan akhir Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat semester 1, 3, 5 & 7 bermula sehingga 6 Oktober 2009

Khamis, 10 Sept 2009 -
Peperiksaan akhir Diploma Tahfiz Wal bermula.

Selasa, 8 Sept 2009 -
Perbincangan Ihfifal Ilmi Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2009.

Jumaat, 4 Sept 2009 -
Penyerahan set soalan Peperiksaan & PMM Semester 1 dan 3 bagi kursus Diploma Pendidikan Islam.

Jumaat, 21 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Tahfiz 04/2009

Selasa, 18 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam bertempat di BIlik Mesyuarat.

Jumaat, 14 Ogo 2009 -
Bengkel Penyediaan Dokumen Audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Hotel Selesa bermula sehingga 16 Ogo 2009.

Selasa, 11 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Tahfiz 03/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat MARSAH.

Isnin, 10 Ogo 2009 -
Lawatan sambil belajar Guru - Guru Islam Thailand

Jumaat, 7 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Syariah Islamiah di Bilik VIP MARSAH.

Selasa 4 Ogo 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 4
Tajuk : Penerangan audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) oleh En. Badaruzzaman B. Abu Bakar (Pengarah Bhg MQA)

Selasa, 4 Ogo 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 3
Tajuk : Kaedah Penilaian & Pemarkahan oleh Dr. Azhar B. Muhamad (Pengarah Pusat Islam UTM)

Selasa, 28 Julai 2009 -
Mesyuarat Jabatan Syariah Islamiah & Usuluddin Bil.03/2009

Selasa, 21 Julai 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam Bil.03/2009

Selasa, 30 Jun 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 2

Selasa, 23 Jun 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 1


Coretan 2009
Tahun 2003

17 hingga 19 Januari 2003 – Program Khidmat Bakti Siswa sesi 2002/2003 di Mukim Layang-layang, Kluang.

Jumaat, 7 Februari 2003 – Jabatan Tahfiz MARSAH mengadakan majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan 8 orang pelajar yang telah menamatkan hafalan al-quran sebanyak 30 juzuk. Mereka adalah Mohd Al-Khairudin bin Hatim, Ellyeen amineen bin Mohd Salleh, Mohd Fadhil bin Abu Samah, Mohd Farhan bin Ali, Kairie bin Hj. Kuzi, Siti Aishah bt Abd Rahman, Norlizawati bt Abd Rahman dan Mohd Adlan bin Jaafar. Semoga majlis ini dapat memberi perangsang dan semangat kepada pelajar yang lain yang masih belum menamatkan hafalan mereka. MARSAH akan mengiktiraf hasil usaha mereka yang berterusan.

Selasa, 27 Mei 2003 – Program Minggu Taaruf dan Ukhwwah selama 5 hari.

27 Julai hingga 2 Ogos 2003 – Sukan IPTIM

Khamis, 17 Julai 2003 – Jabatan Syariah/Usuluddin MARSAH telah mengadakan lawatan Ilmiah ke madrasah-madrasah Arabiah di Singapura pada 17 Julai 2003 (Khamis). Rombongan adalah terdiri daripada Ketua Jabatan Syariah/Usuluddin (Ust Nurullah Kurt) dan diiringi oleh 4 orang pensyarah 2 orang kakitangan dan 40 orang pelajar MARSAH.

4 hingga 5 September 2003 – Ihtifal Konvokesyen.

Sabtu, 6 September 2003 – Sekali lagi MARSAH berjaya mengeluarkan graduannya pada Majlis Konvokesyen Ke 4yang diadakan di Dewan Utama MARSAH pada hari Sabtu, 6 September 2003 bersamaan 9 Rejab 1424 Hijrah, yang disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Hamzah bin Ramli, Pengerusi Hal Ehwal Agama Negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua 13 orang penerima Sijil Diploma Syariah Islamiah, 8 orang penerima Sijil Diploma Usuluddin dan 8 orang penerima Sijil Tahfiz Al-Quran dan lebih-lebih lagi kepada graduan sulung Diploma Usuluddin , MARSAH. Kejayaan para graduan hari ini adalah merupakan kunci kepada kejayaan seterusnya.Tahniah juga diucapkan kepada 3 orang graduan yang terpilih memperoleh Anugerah Terbaik dan Anugerah Cemerlang bagi setiap kuliah. Kuliah Syaraiah Islamiah, Norliah Kasmuri (Jayyid), kuliah Usuluddin, Nurley Hasniza binti Sadikon (Jayyid), Elleyeen Amineen bin Mohd Salleh (Mumtaz).

10 September 2003 – Perlawanan persahabatan Bola sepak dengan Madrasah Al-Junied dari Singapura.

6 hingga 7 November 2003 – Kursus Motivasi Kali Ke-2 (Program Persediaan Pembimbing Rakan Pelajar). Seramai 15 pelajar terlibat.

Ahad, 16 November 2003 – MARSAH mengadakan majlis penutupan rasmi kursus motivasi pelajar dan majlis berbuka puasa bersama warga MARSAH pada tarikh tersebut jam 6.00 petang bertempat di Dewan Utama MARSAH. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan kakitangan MARSAH. Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati oleh Allah.

19 November 2003 – Program Sukan Kuliah Sesi 2003/2004. Seramai 114 pelajar terlibat.

Selasa, 9 Disember 2003 – Jabatan Syariah dan Usuluddin akan mengadakan Ceramah Umum yang disampaikan oleh Dr Omar Ali Abdulle pada hari tersebut jam 8.30 malam bertempat di Dewan Kuliah 1. Pelajar-pelajar diwajibkan hadir untk mendengar ceramah tersebut. Semoga ceramah umum yang diadakan akan mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Sabtu, 13 Disember 2003 – MARSAH telah mengadakan program membudayakan Ilmu dan Al-Quran. Semua kakitangan MARSAH terlibat. Program tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Haidzir bin Hussin, bacaan al-quran yang dibacakan oleh Ustaz Omar bin Mokti dan pembicara oleh Ustaz Fathi Khalifa M.Agob bertempat di bilik mesyuarat MARSAH pada hari tersebut jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

16 Disember 2003 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2003 peringkat MARSAH. Semua pelajar MARSAH.

Sabtu, 27 Disember 2003 - MARSAH telah mengadakan program membudayakan Ilmu dan Al-Quran. Semua kakitangan MARSAH terlibat. Program tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Abd Rashid Lahu Muhammad, bacaan al-quran yang dibacakan oleh Ustaz Rosli bin Bahari dan pembicara oleh Dr Montaser Mohamed bertempat di bilik mesyuarat MARSAH pada hari tersebut jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Selasa, 30 Disember 2003 – Lawatan Kerja telah diadakan antara Darul Quran Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan MARSAH. Membincangkan perkara –perkara yang berkaitan hubungan MARSAH dengan IPTA-IPTA luar dan proses pengambilan pensyarah-pensyarah luar. Rombongan telah diketuai oleh Us M. Zamri bin M.Shapik, Us Mohd Tahrir bin Manap dan M. Saidi bin Ab Hamid telah memberikan penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan M.O.U dengan Uni. Al-Azhar, Mesir.


Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07 2232 700 | Tel: 07 2263 440 (Pejabat) | Fax: 07 2269 485 |
contact :- marsah97@hotmail.com
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
© 2008 MARSAH. Hak Cipta Terpelihara.