Tahun 2004
23-25 Januari 2004 Jemputan menyertai Kongres dakwah pemimpin-pemimpin pelajar peringkat kebangsaan di Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) seramai 38 pelajar
Isnin, 9 Februari 2004 Pihak MARSAH telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada hari tersebut jam 11.30 pagi bertempat di bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 15 Kampus Sementara KUIM, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Peserta rombongan yang hadir adalah seramai 5 orang. Anggota rombongan adalah Yang Berhormat Tuan Haji Hamzah bin Ramli, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pengarah MARSAH Us Tahrir bin Dato Hj Samsudin, Timbalan Pengarah MARSAH, Us Mohd Nasir bin Amir, Pendaftar MARSAH, Us Mohamed Salleh bin Sanwan dan Pengetua Sek. Agama Parit Raja, Us Hodairi. Segala perancangan berjalan dengan lancar. Anggota rombongan disambut oleh Rektor KUIM, Prof. Dato Dr Abd Syukor. Dalam ucapan Rektor, beliau mempunyai rancangan terdahulu untuk membuat lawatan ke MARSAH bagi tujuan penilaian yang dipengerusikan oleh Us Alwi, Rektor pengajian Al-Quran dan Sunnah. Y.B. Hamzah bin Ramli dalam ucapannya mengucapkan terima kasih dan mohon supaya pelajar-pelajar daripada Johor terutamanya MARSAH diberikan beberapa perhatian melanjutkan pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) khususnya dalam bidang sains dan perubatan. Begitu juga kepada lulusan-lulusan MARSAH dalam pengajian Syariah dan Usuluddin. Lawatan tersebut diakhiri dengan sedikit ucapan dari kedua-dua belah pihak dan sedikit jamuan, Nasi Bukhari serta diberikan cenderahati daripada KUIM yang mengandungi Diari KUIM, Prospektus dan Laporan Tahunan KUIM 2003. Kemudian pada pukul 3.00 petang, ke lima-lima wakil daripada MARSAH membuat perjumpaan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Unit Pengiktirafan Kelayakan,Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Parcel C, Blok C1, Aras 6, 62510 PUTRAJAYA. Wakil daripada MARSAH disambut oleh Cik Hanim binti Abdullah bagi pihak Ketua Pengarah, beliau tidak dapat menghadiri perjumpaan tersebut. Beliau menerima permohonan rasmi pihak MARSAH. Beliau menyatakan bahawa Memorandum ini tidak perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatan kuasa besar sebaliknya ke Mesyuarat Jawatan kuasa kecil kerana program MARSAH hanya menjalankan program agama semata-mata.
Pertemuan ini bertujuan untuk :-
1) Mendapatkan pengesahan mengenai nilaitaraf kelayakan Diploma Syariah Islamiah dan Diploma Usuluddin yang diadakan di institut ini dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Johor bagi tujuan mberikan pengiktirafan berdasarkan kepada pemindahan kredit dan pengecualian dengan Universiti Al-Azhar bagi membolehkan pemegang kelayakan berkenaan dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam
2) Memberikan pengesahan ke atas Sijil Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dan Sijil Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Azhar, Mesir yang dianugerahkan kepada lulusan institut ini yang telah lulus dalam pengajian mereka di universiti tersebut sebagaimana yang diberikan kepada sijil-sijil Ijazah yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
3) Menyerahkan 25 set Memorandum Permohonan Pengiktirafan Diploma Syariah Islamiah Dan Diploma Usuluddin Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (Marsah). Perjumpaan diakhiri dengan diucapkan terima kasih daripada kedua-dua belah pihak.
Sabtu, 14 Februari 2004 Jabatan Tahfiz Al-Quran telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi siswa dan siswi yang telah menamatkan hafazan al quran sepanjang pengajian mereka di MARSAH sebanyak 30 juzuk. Jumlah yang diraikan adalah seramai 9 orang. Majlis Khatam al Quran adalah acara tradisi yang diadakan bagi merai pelajar yang telah menamatkan hafazan al Quran mereka sepanjang pengajian mereka di MARSAH. Majlis ini juga diharap dapat memberi perangsang dan semangat kepada pelajar yang lain yang masih belum menamatkan hafalan mereka bahawa MARSAH akan mengiktiraf hasil usaha mereka yang berterusan. Memberi peluang kepada ibubapa dan keluarga pelajar mengenali dengan lebih dekat khususnya pentadbir dan kakitangan MARSAH sebelum anak-anak mereka meninggalkan atau menamatkan pengajian mereka di Institut ini.
27-29 Februari 2004 Program ini diadakan bagi tujuan memupuk semangat jati diri dikalangan pelajar sebelum melangkah ke sebuah institusi yang lebih tinggi.selain itu, mereka juga dapat mempelajari teknik-teknik mengendalikan urusan berkaitan pejabat dan sebagainya. Seramai 8 orang pelajar tahun 3 yang terlibat
Selasa, 23 Mac 2004 KUIM membuat lawatan kerja di MARSAH berkenaan dengan peperpindahan kredit. Anggota rombongan yang hadir ialah Us Mohd Alwi bin Yusof, Pemangku Dekan KUIM, Prof Madya Dr Md Ali Hasan, Pensyarah Unit Ekonomi, KUIM, Hazleena bt Baharin, Ketua Unit Bahasa Inggeris, KUIM, Prof. Madya Dr Syamsul Bahri Amir, Timbalan Rektor, KUIM dan Dr Badrul Munir, Ketua Unit Bahasa Arab, KUIM. Ketua rombongan menyatakan secara dasarnya dalam ucapan beliau menyatakan rasa puas hati dengan perjalanan pembelajaran di MARSAH ini dan akan memberikan keputusan penilaian setelah dibawa kepada Senat KUIM. Turut hadir sama, meriahkan lawatan Mufti Negeri Johor dan Pegarah Jabatan Agama Johor. Anggota penilaian telah diberi jamuan makan tengahari dan cenderahati. Pihak MARSAH telah membelanjakan sebanyak lebih kurang 200.00 bagi setiap anggota penilai. Pengarah MARSAH dalam ucapan mengharapkan rombongan kerja KUIM supaya dapat menerima dan menilai pelajaran MARSAH dengan sebaiknya untuk memberi laluan pelajar MARSAH yang menyambung pengajian di KUIM.
Sabtu, 15 Mei 2004 Kakitangan MARSAH mengadakan lawatan ke Tanjung Balau, Kota Tinggi. Bertolak dari MARSAH jam 10.00 pagi. Ada yang menaiki kenderaan sendiri dan ada yang menaiki bas MARSAH. Tiba di Tanjung Balau jam 12.50 tengahari. Petang acara sukaneka. Antara acara yang dimainkan, tiup belon sampai pecah, masukkan bola dalam tempatnya. Kanak-kanak juga turut serta bermain permainan yang disediakan. Malam majlis perpisahan dengan Us. Nasir bekas kakitangan MARSAH, Penolong Pendaftar. Juga makan malam barbique dengan semua keluarga MARSAH. Malam itu sungguh meriah diserikan dengan cabutan nombor bertuah. Ucapan oleh yang berbahagia Ustaz Salleh. Ahad, 16 Mei 2004 jam 9.00 pagi acara bebas. Buat sarapan pai, sandwich dan air teh. Kemudian, penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang sukaneka. Semua keluarga gembira dengan permainan semalam. Dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari, acara bebas. Jam 12.00 tengahari, check out. Makan tengahari nasi jagung, di rumah mak mertua Us. Rosli di kawasan yang berdekatan. Alhamdulillah semuanya selamat sampai di MARSAH jam 3.00 petang.
Selasa, 25 Mei 2004 Lawatan akademik daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Anggota rombongan terdiri daripada 1. Mohammad Hasnan bin Hassan 2. Nur Aisyah binti Arshad 3. Noraini binti Abd Hamid. Perkara yang dibincangkan mengenai kemasukan pelajar ke Universiti Al-Azhar bagi pelajar Singapura. Diuruskan oleh MARSAH. Oleh kerana ditakuti sukar untuk mendapatkan pengesahan, mereka bersetuju segala pengurusan diuruskan oleh MARSAH.
01 05 Jun 2004 - Minggu Taaruf Dan Ukhuwwah Sesi 2004/2005. Program seumpamanya di adakan setiap kali pendaftaran pelajar baru ini adalah bagi tujuan mengeratkan silaturahim dikalangan pelajar senior dan pelajar junior.perhubungan yang terjalin bakal membentuk sebuah komuniti yang dapat mencapai matlamat. Semua pelajar baru dan AJK Minggu Taaruf
Rabu, 9 Jun 2004 Lawatan daripada Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Jambi, Indonesia. Anggota rombongan yang hadir 1. Prof. Asofri Jaya 2. Dr. H. Marwazi M.Ng 3. Aweb Bafolhah 4. M. Amin J dan Azhari Khatib. Pihak MARSAH mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Terhormat Bapak Rektor dan ahli rombongan. Pihak IAIN bersetuju menilai kurikulum di MARSAH dan memeterai perjanjian kerjasama dalam bidang akademik dan pengajian dengan memberi muadalah atau pengiktirafan terhadap kursus-kursus pengajian Syariah dan Usuluddin yang diadakan di institut dari tahun ke tahun. MARSAH telah pun menandatangani satu Perjanjian Persefahaman di antaranya dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia. Berdasarkan perjanjian ini lulusan Diploma MARSAH bidang pengajian Syariah dan Usuluddin adalah diterima untuk menyambung pengajian mereka di tahun akhir di institut tersebut sementara lulusan Diploma Tahfiz MARSAH diterima masuk ke Tahun 3 semester 5 untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.
05 Julai 2004 Program Motivasi Kakitangan Dan Pelajar Marsah Oleh Dato' Dr. Mohd Fadzilah Bin Kamsah. Program ini diadakan bagi tujuan memberi semangat dan motivasi kepada semua kakitangan dan pelajar marsah di dalam menghadapi cabaran globalisasi masakini.seperti yang kelihatan dunia hari ini penuh dengan permasalahan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat. Persiapan diri amat penting sebelum menghadapi pelbagai lagi cabaran yang mendatang. Semua kakitangan dan pelajar MARSAH.
Sabtu, 24 Julai 2004 Pada jam 10.30 pagi. Di antara rombongan diketuai oleh Dekan Ilmu Fakulti dan Sains Kemanusiaan, Prof. Madya Dr. Mohamad @ Md Som Sujimon. Bagi pihak MARSAH diketuai oleh Pengarah MARSAH, Y.B. Dato Mohd. Tahrir bin Dato Hj Samsudin. Majlis pebincangan adalah dimulakan oleh Pengarah. Mengucapkan terima kasih kepada semua anggota rombongan daripada UIA bagi menilai kursus-kursus yang terjalin di MARSAH dan seterusnya pihak MARSAH telah mengemukakan beberapa soalan. Dlam jawapan Prof, Madya bagi pihak anggota team penilai bahawa UIAM adalah IPTA yang memberikan akreditasi kepada sesuatu permohonan UIAM adalah tertakluk kepada Kementeria IPTA yang mewajibkan setiap institusi swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan supaya suatu permohonan perpindahan kredit dapat diterima. Berdasarkan kepada ini beliau menyarankan supaya silibus @ kokurikulum yang diguna pakai di MARSAH ini disusun semula mengikut kehendak LAN yang bersesuaian. Silibus yang sedia ada di dalam Panduan Umum boleh dikekalkan, boleh diubah mengikut yang bersesuaian dengan LAN jika tidak menjejaskan pengiktirafan Uni. Al-Azhar.
25 Ogos 2004 Ihtifal konvokesyen. Setiap tahun acara konvokesyen diadakan bagi meraikan graduan marsah yang berjaya menamatkan pengajian di marsah dengan jayanya.sebelum majlis kemuncak di adakan mpmm diberi peluang mengendalikan acara dan program untuk disertai oleh semua pelajar. Semua pelajar terlibat.
26 Ogos 2004 MARSAH berjaya mengeluarkan graduannya pada MAJLIS Konvokesyen Kali yang ke-5 yang diadakan di Dewan Utama MARSAH pada hari Khamis yang disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Zainal Abidin bin Osman, Pengarah Jabatan Agama Johor. MARSAH telah menganugerahkan seramai 32 orang penerima Diploma.
09 September 2004 Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang permasalah hukum fiqh yang masih tidak di fahami tajuk wacana ilmu ini ialah "khilaf ulama' di dalam hukum fiqh serta adab-adabnya. Penceramah oleh Prof. Md Salleh bin Ahmad daripada Universiti Malaya. Semua pelajar terlibat
27 September 2004 MARSAH telah mendapat pengiktirafan daripada Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dengan perpindahan jam kredit
5 Oktober 2004 MARSAH telah memeterai MOU dengan Institut Al-Zuhri, Singapura dalam bidang akademik di mana MARSAH memberikan pengiktirafan kepada Diploma yang dikeluarkan oleh institut Al-Zuhri dan menerima pelajar-pelajar lulusannya memasuki tahun 1 semester 1 kursus-kursus yang ditawarkan di MARSAH
30 November 2004 Majlis hariraya ini di adakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dikalangan pelajar dan kakitangan marsah. Semua Pelajar dan kakitangan MARSAH
17 Disember 2004 Lawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kisdar. Pelajar dari kisdar telah datang melawat marsah untuk salah satu aturcara rombongan mereka untuk tujuan mengeratkan hubungan silaturahim. Semua MPMM
28 Disember 04 Persatuan ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada para kakitangan dan ahli keluarga tentang seni mempertahankan diri Taekwando, malahan dapat mengisi masa lapang individu dengan aktiviti yang berfaedah dan sihat. Di samping itu, individu juga berpeluang menampilkan bakat mereka dalam kejohanan yang diadakan oleh persatuan. Semua pelajar MARSAH terlibat.