Diploma Tahfiz Wal Qiraat
Melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan
Al - Quran.
Diploma Syariah Islamiyah
Menekankan pengajian secara khusus tentang pengajian ilmu dan hukum hakam berkaitan dengan syariat Islam.
Diploma Usuluddin
Pengukuhan prinsip Islam yang berkaitan dengan pemantapan aqidah melalui akal fikiran yang logik.
Diploma Pendidikan Islam
Kefahaman berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada bakal
Guru - Guru Agama Kerajaan
Negeri Johor.
Sijil Kemahiran Bahasa Arab
Kursus kemahiran Bahasa Arab ditawarkan untuk persediaan melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
Selasa, 17 Nov 2009 -
Taklimat Sesi Pengajian Sem 2 oleh Ketua - Ketua Jabatan.

Selasa, 14 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 7
Tajuk : Aplikasi ICT DAlam Proses Pengajaran & Pembelajaran

Selasa, 10 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 6
Tajuk : Pengurusan Stress

Selasa, 10 Nov 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 5
Tajuk : 1. Psikologi Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran
           2. Pedagogi Dalam Pengajian Islam

Khamis, 5 Nov 2009 -
Lawatan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir.

Isnin, 19 Okt 2009 -
Penandaan berpusat kertas peperiksaan semester 1, 3 dan 5 sesi 2009/2010 di Bilik Mesyuarat dan Bilik VIP.

Isnin, 12 Okt 2009 -
Pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Kebangsaan bertempat di Darul Quran, JAKIM Kuala Kubu Bahru, Selangor bermula sehingga 15 Oktober 2009.

Sabtu, 10 Okt 2009 -
Cuti akhir semester Diploma Tahfiz Al - Quran bermula sehingga 18.10.2009

Jumaat, 9 Okt 2009 -
Hari Terbuka Aidilfitri MARSAH

Isnin, 5 Okt 2009 -
Peperiksaan Akhir Semester 1 dan 3 Sesi Pengajian 2009/2010 Diploma Pendidikan Islam bermula sehingga 16 Oktober 2009.

Khamis, 1 Okt 2009 -
Mesyuarat Tabung Kebajikan Kakitangan MARSAH (TKKM) Bil.03/2009

Khamis, 17 Sept 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam Bil 5/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat MARSAH.

Selasa, 15 Sept 2009 -
Mesyurat Jabatan Syariah & Usuluddin Bil 04/2009

Selasa, 15 Sept 2009 -
Program Khatam Al Quran sempena bulan Ramadhan bertempat di Surau Al Firdaus.

Isnin, 14 Sept 2009 -
Peperiksaan akhir Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat semester 1, 3, 5 & 7 bermula sehingga 6 Oktober 2009

Khamis, 10 Sept 2009 -
Peperiksaan akhir Diploma Tahfiz Wal bermula.

Selasa, 8 Sept 2009 -
Perbincangan Ihfifal Ilmi Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2009.

Jumaat, 4 Sept 2009 -
Penyerahan set soalan Peperiksaan & PMM Semester 1 dan 3 bagi kursus Diploma Pendidikan Islam.

Jumaat, 21 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Tahfiz 04/2009

Selasa, 18 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam bertempat di BIlik Mesyuarat.

Jumaat, 14 Ogo 2009 -
Bengkel Penyediaan Dokumen Audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Hotel Selesa bermula sehingga 16 Ogo 2009.

Selasa, 11 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Tahfiz 03/2009 bertempat di Bilik Mesyuarat MARSAH.

Isnin, 10 Ogo 2009 -
Lawatan sambil belajar Guru - Guru Islam Thailand

Jumaat, 7 Ogo 2009 -
Mesyuarat Jabatan Syariah Islamiah di Bilik VIP MARSAH.

Selasa 4 Ogo 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 4
Tajuk : Penerangan audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) oleh En. Badaruzzaman B. Abu Bakar (Pengarah Bhg MQA)

Selasa, 4 Ogo 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 3
Tajuk : Kaedah Penilaian & Pemarkahan oleh Dr. Azhar B. Muhamad (Pengarah Pusat Islam UTM)

Selasa, 28 Julai 2009 -
Mesyuarat Jabatan Syariah Islamiah & Usuluddin Bil.03/2009

Selasa, 21 Julai 2009 -
Mesyuarat Jabatan Diploma Pendidikan Islam Bil.03/2009

Selasa, 30 Jun 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 2

Selasa, 23 Jun 2009 -
Bengkel Peningkatan Tahap Profesional Pensyarah Siri Ke - 1


Coretan 2009
Tahun 2006

Jumaat, 10 Februari 2006 – Jabatan Tahfiz Al-Quran telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi siswa dan siswi yang telah menamatkan hafazan al quran sepanjang pengajian mereka di MARSAH sebanyak 30 juzuk.  Majlis Khatam al Quran adalah acara tradisi yang diadakan bagi merai pelajar-pelajar tersebut. Majlis ini juga diharap dapat memberi perangsang dan semangat kepada pelajar yang lain yang masih belum menamatkan hafalan mereka bahawa MARSAH akan mengiktiraf hasil usaha mereka yang berterusan. Memberi peluang kepada ibubapa dan keluarga pelajar mengenali dengan lebih dekat khususnya pentadbir dan kakitangan MARSAH sebelum anak-anak mereka meninggalkan atau menamatkan pengajian mereka di Institut ini.

Isnin dan Selasa, 20 - 21 Mac 2006 – Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat Kolej. Kelab Budaya dan Sastera telah mengadakan Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat MARSAH bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan siswa dan siswi yang seterusnya akan mewakili MARSAH dalam Pertandingan Debat Piala Citra Daksina yang akan diadakan di UiTM, Segamat nanti.

Jumaat - Isnin, 23 - 26 Jun 2006 – Pertandingan Debat Piala Citra Daksina di UiTM, Segamat. MARSAH diwakili 4 orang peserta ke pertandingan tersebut yang diabjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Selatan). Walaupun ini merupakan pertama kali MARSAH menyerti pertandingan yang gemilang ini, MARSAH mampu menunjukkan komitmen dan persaingan yang sihat di kalangan peserta-peserta yang hadir.

Khamis, 30 Mac 2006 - Secara rasminya, pada tarikh tersebut pemakaian nama MARSAH yang baru dikuatkuasa. Dahulu Institut Pengajian Tinggi Islam Johor... Sekarang Kolej Pengajian Islam Johor. MARSAH tetap MARSAH!

Jumaat, 23 Jun 2006 – Bengkel Penyelidikan Ilmiyah merupakan langkah pertama dan pendedahan awal kepada semua kakitangan MARSAH dalam menjayakan Unit R&D nya. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Harlina Suzana binti Jaafar (Pensyarah UiTM)

Selasa dan Rabu, 25 -26 Julai 2006 – Pertemuan dengan pihak Universiti Yarmouk, Jordan.MARSAH telah mengadakan majlis taklimat daripada Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Al-Yarmouk, Jordan iaitu Prof.Dr.Muhammad Al-Omari di Dewan Kuliyah 1 kepada semua para pelajar dan kakitangan MARSAH.

Sabtu dan Ahad, 5 - 6 Ogos 2006 – Lawatan Muhibbah Kelab Al-Ibtikar UiTM Segamat. Kelab Bahasa Arab (IBtikar) Universiti Teknologi MARA Segamat telah membuat lawatan dua hari di MARSAH bagi mengeratkan lagi tali persahabatan di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah rentetan dan tindak balas yang positif yang wujud hasil daripada Pertandingan Debat yang lalu. Semoga ukhwah kita berpanjangan.

Isnin dan Selasa, 21 - 22 Ogos 2006,  – Bersempena Majlis Konvokesyen yang akan diadakan pada 24 Ogos 2006 nanti, para pelajar MARSAH bersuka ria dan meraikan para graduan dengan melaksanakan aktiviti sukan di kalangan mereka.

Khamis, 24 Ogos 2006 – MARSAH berjaya mengeluarkan graduannya pada Majlis Konvokesyen Kali yang ke 7 yang telah diadakan di Dewan Hayati, Kompleks MAWAR Johor. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor

Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi MARSAH pada tahun 2006.




Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07 2232 700 | Tel: 07 2263 440 (Pejabat) | Fax: 07 2269 485 |
contact :- marsah97@hotmail.com
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
© 2008 MARSAH. Hak Cipta Terpelihara.