Jumaat, 14 Ogos. Bistari Management menganjurkan program pembukaan akaun baru untuk pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), di sini baru-baru ini. Program yang turut mendapat kerjasama Tabung Haji cawangan Johor Bahru itu menaja 300 pelajar kolej berkenaan untuk membuka akaun mereka di Tabung Haji. Pengarah Bistari Management, Jamil Jamingin berkata, setiap pelajar diberi RM5 sebagai wang permulaan untuk membuka akaun mereka. Ini bermakna, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM1,500 sebagai wang tajaan kepada pelajar yang terpilih.           


Isnin, 10 Ogos. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menerima Lawatan Sambil Belajar Guru - Guru Selatan Thailand seramai 30 orang bersama - sama dengan staf  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) untuk mengetahui sistem pendidikan yang ditawarkan di MARSAH. Setakat ini terdapat seramai 14 orang pelajar dari Selatan Thailand yang sedang mengikuti pengajian Syariah Islamiah dari Tahun 1 sehingga Tahun 2. Semoga lawatan ini dapat mempertingkatkan hubungan di antara kedua - dua buah negara.           


Jumaat, 14 Ogos. Bahagian Akademik dan Pentadbiran Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)  mengadakan Bengkel Penyediaan Audit Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Hotel Selesa Johor Bahru. Bengkel ini diadakan selama 3 hari bermula pada 14 Ogos 2009 - 16 Ogos 2009.


Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07 2232 700 | Tel: 07 2263 440 (Pejabat) | Fax: 07 2269 485 |
contact :- marsah97@hotmail.com
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
© 2008 MARSAH. Hak Cipta Terpelihara.