Diploma Tahfiz Wal Qiraat
Melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan
Al - Quran.
Diploma Syariah Islamiyah
Menekankan pengajian secara khusus tentang pengajian ilmu dan hukum hakam berkaitan dengan syariat Islam.
Diploma Usuluddin
Pengukuhan prinsip Islam yang berkaitan dengan pemantapan aqidah melalui akal fikiran yang logik.
Diploma Pendidikan Islam
Kefahaman berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada bakal
Guru - Guru Agama Kerajaan
Negeri Johor.
Sijil Kemahiran Bahasa Arab
Kursus kemahiran Bahasa Arab ditawarkan untuk persediaan melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07 2232 700 | Tel: 07 2263 440 (Pejabat) | Fax: 07 2269 485 |
contact :- marsah97@hotmail.com
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
© 2008 MARSAH. Hak Cipta Terpelihara.
Pengumuman Terkini

Permohonan kemasukan sesi 2010 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah di buka sekarang. Borang permohonan kemasukan boleh dimuat turun di ruangan Muat Turun > Borang Kemasukan. ATAU Anda juga boleh mendaftarkan permohonan secara online
Kepada semua pelajar Diploma Pendidikan Islam Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) semester 5 yang akan menjalani Praktikum pada 21/06/2010- 27/08/2010. Sila layari laman "Praktikum 2010" untuk maklumat lanjut.
Selasa, 13 April 2010
Kepada semua pelajar Diploma Pendidikan Islam  Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) semester 5 yang akan menjalani Praktikum pada 21/06/2010- 27/08/2010. Sila layari laman "Praktikum 2010" untuk maklumat lanjut.

Jumaat, 2 April 2010
Program Khidmat Kemasyarakat MARSAH di  Kampung Sagil, Tangkak.

Selasa, 9 Mac 2010
Permohonan kemasukan pelajar baru dibuka sekarang

Jumaat, 26 Februari 2010
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat Johor diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar.

Jumaat, 12 Februari 2010
Majlis Khatam Al - Quran Kali Ke - 12

Khamis, 4 Februari 2010
Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat oleh DBP

Rabu, 28 Februari 2010
Bengkel Pengurusan Sistem Fail dan Rekod oleh Arkib Negara Caw. Johor

Rabu, 27 Februari 2010
Bengkel Penulisan Surat Rasmi oleh DBP


Coretan 2010
Majlis Khatam Al - Quran Kali Ke - 12

Jumaat 12 Februari 2010 - Jabatan Tahfiz Al Quran Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah mengadakan Majlis Khatam Al - Quran Kali Ke 12 yang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Zainal Abidin Bin Haji Osman selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MARSAH. Seramai 17 orang pelajar telah diraikan dalam majlis kali ini yang diadakan di Dewan Kuliah 1. Majlis ini dimeriah lagi dengan kehadiran YB Mufti Johor, Pengurus Besar YPJ, Ketua Eksekutif MARSAH, Timb Ketua Eksekutif MARSAH, Pendaftar MARSAH, Ketua - Ketua Jabatan, kakitangan dan para ibubapa serta para siswa dan siswi.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang menuju ke Dewan Kuliah 1didahului oleh para siswa dan siswi yang dirai dan diikuti oleh dif - dif jemputan. Majlis Khatam Al Quran dimulakan di bawah pimpinan Ustaz Rosli Bin Bahri diikuti dengan para pelajar yang khatam.

Dalam ucapan perasmian YB Dato' Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran mereka sebanyak 30 juzuk. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang hadir yang meraikan kejayaan anak - anak mereka sebagai tanda kejayaan memberikan didikan awal kepada anak - anak mereka. Semoga kejayaan ini dapat memberikan dorongan kepada pihak kolelj akan lebih gigih dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Khatam Al -Quran dan cenderahati kepada pelajar yang dirai. Penyampaian cenderamata kepada YB Dato' Zainal Abidin dan penyampaian bunga telur daripada pelajar yang dirai kepada para pensyarah MARSAH. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Iman Daerah Johor Bahru.
Bengkel Penulisan Surat Rasmi

Rabu 27 Januari 2010 - Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Surat Rasmi kepada para kakitangan dibawah dikelolakan oleh En. Azhar Salleh, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel ini merupakan salah satu usaha untuk memberi pengetahuan kepada para peserta berkenaan penulisan surat rasmi dan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu dengan betul dan baik dalam penulisan surat rasmi serta meningkatkan tahap profesionalisme kakitangan MARSAH. Kursus Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat turut diadakan pada minggu berikut iaitu pada 4 Februari 2010 memberi pendedahan kepada kakitangan MARSAH mengenai langkah - langkah proses yang terlibat dalam mesyuarat seperti pengeluaran surat panggilan mesyuarat, pemerolehan maklumat yang sama ada ahli boleh atau tidak boleh menghadiri mesyuarat, kedatangan para ahli ke tempat mesyuarat dan mengambil tempat duduk, perbincangan dalam mesyuarat, penyediaan laporan mesyuarat / minit mesyuarat dan pengesahan laporan mesyuarat (dalam mesyuarat yang berikutnya).



Bengkel Pengurusan Sistem Fail dan Rekod

Rabu 27 Januari 2010 - Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sistem Pengurusan Sistem Fail dan Rekod. Bengkel ini yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara bagi memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan pengurusan rekod bersepadu bagi memastikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran diberikan kepada oragnisani kerajaan bagi membolehkan jabatan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan. Disamping itu memastikan maklumat dan rekod kerajaan dapat diurus dengan baik dan dimanafaatkan sebagai pemangkin kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan serta sebagai asas kepada akauntabiliti dan integriti perkhidmatan kerajaan. En. Norazam Bin Zainal, Penolong Pengarah Arkib Negara Cawangan Johor telah dijemput memberi ceramah pada kali ini.







Program Khidmat Kemasyarakatan

Jumaat 02 April 2010 - Program Khidmat Kemasyarakatan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Sesi 2010 dibantu oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) telah diadakan di Kampung Sagil Parit 3. Program ini diadakan selama 4 hari bermula pada 02 April 2010 hingga 05 April 2010 mendapat kerjasama daripada penduduk Kampung Sagil yang diketuai oleh  Hj Bahri Bin Hj Sarkani (Ketua Kampung Sagil 3). Program Khidmat Kemasyarakatan MARSAH merupakan satu wadah untuk melahirkan mahasiswa berintelek bukan sahaja dari sudut akademik tetapi peluang untuk melatih diri komunikasi dengan masyarakat apabila menamatkan pengajian kelak. Peluang yang diberi khususnya kepada Ahli Majlis Tertinggi MPPM untuk menguruskan selia satu program besar seperti ini merupakan satu langkah yang harus demi melahirkan generasi kepimpinan yang mempunyai visi dan matlamat dalam menyumbangkan ke arah perkembangan ummah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Sahibus Samahah Dato' Haji M. Tahrir Bin Dato' Hj. Samsudin (Mufti Johor).Antara program yang dijalankan seperti Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Sagil, Motivasi, Mini Klinik Solat & Al Quran, Program Bersama Tabung Haji, Mini Klinik Bahasa Inggeris & Bahasa Arab dan Sukaneka. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YB Hj Hamim Bin Hj Samuri (Ahli Parlimen Ledang).