Kursus Diploma Tahfiz Al Quran

Kursus ini bertujuan melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan Al Quran. Ianya juga memenuhi tuntutan semasa masyarakat yang memerlukan para Huffaz, Quraa’ dan Du’at yang berkebolehan dan berketrampilan.

Visi
Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan negara dan ummah

Misi
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang tahfiz Al Quran dan Al Qiraat

Falsafah
Membentuk generasi Al Quran yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah

Moto
Al Quran dan Al Sunnah Pegangan Kami

Objektif
1. Mengeluarkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara
2. Menghidupkan kembali ilmu Al Quran serta menambahkan bilangan penghafaz Al Quran
3.  Menyerapkan tenaga penghafaz yang berkebolehan di Intitusi Pengajian Tinggi dan Iman Masjid  di seluruh  negeri

Tempoh pengajian
Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 5 tahun ( 10 semester)

Kemudahan yang disediakan
1. Perlindungan Insuran, Skim Perubatan Pelajar, Gelanggang Sukan dan Asrama
2. Perpustakaan, Makmal Komputer, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah dan Tutorial yang berhawa dingin
3. Pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi yang layak sahaja
4. Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN)

Matapelajaran dipelajari
Hifzul Quran
Peng. Asas Komputer
Bahasa Arab
Ilmu Tajwid Ilmu QiraatFiqh
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Aqidah
Taranum
Pengajian Malaysia
Teknologi Maklumat

Kelayakan minimum
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat  sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah
ATAU
Memiliki sijil-sijil lain  yang setaraf dengannya dan  diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Yuran Pengajian
1.1. Pendaftaran :

Pendaftaran                              
Wang Kebajikan                              
Perpustakaan                              
Makmal Komputer                              
Kad Pelajar                              
Insuran Takaful (3 thn)                      
Minggu Silaturrahim                                      

          JUMLAH                                     

1.2  Yuran bagi setiap tahun (MARSAH) :-

Pengajian                                          
Asrama                                               
Peperiksaan                                  
Khidmat Kebersihan Asrama (siswi)        

JUMLAH            (siswa)         
                         (siswi)           

* Bayaran Pengajian adalah dibiayai oleh Majlis Agama Islam Johor (Anak Johor)

1.3  Yuran bagi setiap tahun (JAKIM) :-

Pengajian                                          
Asrama                                               
Peperiksaan                                  
Khidmat Kebersihan Asrama (siswi)        

JUMLAH            (siswa)         
                         (siswi) 

* Bayaran Pengajian dan Asrama adalah dibiayai oleh Majlis Agama Islam Johor (Anak Johor)

Kemanakah lulusan boleh melanjutkan pelajaran?
1. MAAHAD AL-QIRAAT  AL-AZHAR, MESIR
2. INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI, SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI, INDONESIA (IAIN)
3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
4. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
5. UNIVERSITI  PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI)
6. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
7. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)






RM  100.00
RM    50.00
RM  115.00
RM  100.00
RM    10.00
RM    60.00
RM  100.00

RM  535.00



RM     0.00
RM 500.00
RM 100.00
RM   10.00

RM 600.00
RM 610.00
Diploma Tahfiz Wal Qiraat
Melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan
Al - Quran.
Diploma Syariah Islamiyah
Menekankan pengajian secara khusus tentang pengajian ilmu dan hukum hakam berkaitan dengan syariat Islam.
Diploma Usuluddin
Pengukuhan prinsip Islam yang berkaitan dengan pemantapan aqidah melalui akal fikiran yang logik.
Diploma Pendidikan Islam
Kefahaman berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada bakal
Guru - Guru Agama Kerajaan
Negeri Johor.
Sijil Kemahiran Bahasa Arab
Kursus kemahiran Bahasa Arab ditawarkan untuk persediaan melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07 2232 700 | Tel: 07 2263 440 (Pejabat) | Fax: 07 2269 485 |
contact :- marsah97@hotmail.com
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
© 2008 MARSAH. Hak Cipta Terpelihara.

RM     0.00
RM     0.00
RM 100.00
RM   10.00

RM 100.00
RM 110.00