PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TERBILANG A+ SMKA, SABK & ALIRAN KAA NEGERI JOHOR 2018

Image may contain: 29 people, people smiling

20 September 2018 – Kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan MARSAH telah mengadakan program Peningkatan Akademik Terbilang A+. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, dan SMK Kelas Aliran Agama telah terlibat dalam program ini yang bertempat di Savanna Hill, Ulu Tiram. Program ini berlangsung pada 20 September 2018 hingga 22 September 2018.

Tujuan program peningkatan akademik ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan dan keperluan memperkukuh dan memperkasakan prestasi bagi mata pelajaran bahasa Melayu, bahaa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Turut terlibat dalam program ini ialah staf MARSAH dari Bahagian Hal Ehwal pelajar iaitu Pn. Norhayati binti Mohd Nor (Pegawai Kaunselor), En. Za'im Adli bin Meskam (Pegawai Kaunselor) dan pelajar - pelajar MARSAH.

Image may contain: 3 people, including Norhayati Mohd Noor, people smiling, people standing