SAMBUTAN 100 TAHUN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR

13 September 2018 -  Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor telah diadakan di Pusat Islam Dewan Iskandar Johor Bahru bermula 13-15 September. Majlis ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

Tidak ketinggalan dari Bahagian Pemasaran MARSAH turut serta dalam mengadakan promosi bagi melanjukan pengajian peringkat diploma dan sijil di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Antara program yang ditawarkan di MARSAH adalah Diploma Tahfiz Al-Quran, Diploma Syariah Islamiah, Diploma Usuluddin, Diploma  Pendidikan Islam, Diploma  Perbankan Islam, Diploma  Kewangan Islam, Diploma  Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Manakala bagi peringkat sijil ditawarkan Sijil Asas Dan Lanjutan Kemahiran Bahasa Arab. Permohonan pengambilan pelajar baru telah bagi sesi akademik Nov 2018 - Mac 2019 telah dibuka dan agi belajar yang berminat boleh secara atas talian.