1217 Pelajar Duduki Peperiksaan Akhir MARSAH

23-September 2018 - Seramai 1400 pelajar dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) menduduki peperiksaan akhir selama tiga minggu. Peperiksaan bermula pada 23 September 2018 sehingga 13 Oktober 2018 sebelum cuti akhir semester mereka.

Seramai 538 pelajar lelaki dan 679 pelajar perempuan yang menduduki peperiksaan akhir ialah daripada program Diploma Syariah Islamiah, Usuluddin, Tahfiz Al-Quran, Pendidikan Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pejabat Pendaftar telah menambah bilangan pembantu pengawas peperiksaan seramai 18 orang bagi membantu para pensyarah dan staf sokongan semasa peperiksaan dijalankan.

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor