Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Sesi 2018

13 Ogos 2018 – Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Sesi 2018 telah diadakan pada 13 Ogos 2018 bersamaan 1 Zulhijjah 1439H bertempat di Dewan Besar, MARSAH. Majlis yang memilih merah jambu sebagai warna tema ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul ‘Alim bin Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) wakil rasmi YB Tuan Haji Aminolhuda Bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Negeri Johor MerangkapPengerusi LembagaPengarah MARSAH Sdn. Bhd.

Beliau mengucapkan syabas kepada semua pelajar yang diraikan pada hari ini. Perjalanan anda semua tidak berhenti setakat ini sahaja. Semoga anda semua meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi dan menjadi  seorang yang berbakti kepada agama, masyarakat dan negara kelak.

"Dalam menempuh cabaran duniawi yang semakin mencabar, para huffaz perlu mempersiapkan diri dengan segala jenis persediaan, sama ada dari sudut mental, jasmani mahupun rohani. Meskipun begitu, cabaran dan persaingan dirasakan amat sengit dan hanya mereka yang benar-benar mempunyai kekuatan  Ilmu yang akan mampu mengharungi arus pemodenan dan globalisasi", katanya.

Seramai 29 peserta dari program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran sesi 2018 ini. Majlis ini telah diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Abd Khalim Bin Kasmuri dan para pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) turut menyampaikan Anugerah Penerima Khas kepada Muhammad Zaid Harithah Bin Azeman, Khairunnisa' Binti Ishak, Nurul Athirah Binti Md Zukri, Nur Nabila Binti Nor'azmy, Nurasyikin Binti Ab Rahim. Manakala Anugerah Imam Syatibi disandang oleh Muthii'ah Labiibah Binti Haji Sadini.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, flower and outdoor