MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL AMAL ISLAMI (IPTIM) 2018 PERINGKAT ASEAN

15 Oktober 2018 - Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menganjurkan satu Mesyuarat Penyelarasan Karnival Amal Islami (IPTIM) 2018 Peringkat Asean di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Pendaftar MARSAH, Ustaz Mohamad Sanusi B. Md Noh. Turut hadir ialah Pengarah Program Karnival Amal Islami (IPTIM) 2018, En. Mohd Fadzly Bin Fatkhorrahman dan Setiausaha Program Karnival Amal Islami (IPTIM) 2018, Puan Norahayati Bt. Mohd Noor dan disertai oleh 14 wakil institusi yang bertanding iaitu Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP), Institut Profesional Baitulmal (IPB), International Islamic College (IIC), International Islamic University Malaysia(IIUM), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Kolej University Islam Melaka (KUIM), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Antara agenda perbincangan termasuk taklimat dan pembentangan dari Pengarah Program Karnival Amal Islami (IPTIM) berkaitan dengan pendaftaran, penginapan, bayaran, yuran pendaftaran dan penginapan.Terdapat juga acara yang tertentu dipertandingan melibatkan penyertaan dari luar negara seperti Indonesia dan Singapura.

Disamping itu turut dibincangkan berkaitan dengan syarat pertandingan, tentatif dan lokasi pertandingan. Ahli mesyuarat juga dimaklumkan berkenaan laman web rasmi Karnival IPTIM 2018 yang baru dengan penambahan maklumat yang terkini.