Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara MARSAH dan SRITI-Tahfiz Al Kauthar

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Al Kauthar yang berlangsung pada 28 Januari 2019, di Bilik Mesyuarat Utama, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).  Antara intipati kerjasama tersebut adalah persefahaman dalam menjayakan program-program kerohanian,bekerjasama dalam menjana kecemerlangan dalam bidang Tahfiz, serta bertukar-tukar idea, pengalaman,kreativiti dan inovasi diantara kedua-dua pihak.