Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1 & 2 2019

Mahasiswa MARSAH telah mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam bagi 2 siri iaitu pada 25 & 26 Jannuari 2019 dan 1 & 2 Februari 2019. Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1 2019 adalah merupakan program bagi semua pelajar MARSAH yang telah mendaftarkan diri dalam badan Uniform untuk subjek GERKO.

 

Program ini adalah di bawah kendalian sepenuhnya oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Seramai 283 orang mahasiswa terlibat dalam kursus ini yang telah dijalankan di Dewan Besar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Latihan Kawad kaki, pertolongan cemas, melawan kebakaran, aplikasi CPR, ikatan dan simpulan serta menyelamat kecemasan. Semoga Kursus selama 2 hari ini akan dapat memberi manfaat dan mahasiswa memperoleh keputusan yang cemerlang. Tahniah kepada semua mahasiswa yang terlibat.