Team Building Pembimbing Rakan Siswa MARSAH

Pada 9 Januari – 10 Januari 2019 telah diadakan Program Team Building Pembimbing Rakan Siswa (MARSAH)  di Kem Kaizen, Gunung Pulai . Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan lagi semangat berpasukan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.

 

Selain itu juga keyakinan diri dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dapat dilihat peningkatannya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti rentas halangan, kembara malam dan banyak lagi latihan dalam kumpulan.Untuk menjadikan satu kelab itu berjaya faktor utama yang perlu dilihat adalah komunikasi antara ahli, daripada program ini komunikasi dikalangan ahli juga dapat ditingkatkan dengan latihan dalam kumpulan yang dijalankan. Kelab Pembimbing Rakan Siswa MARSAH merupakan kelab sukarelawan dan penggerak mahasiswa mahasiswi ke arah yang lebih baik.

Menurut pemilik Kem Kaizen, untuk menjadi pemimpin yang Berjaya kita perlu keluar daripada zon selesa kita.Ini kerana keadaan yang tidak selesa itu akan mendorong individu untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya. Program sebegini perlu diteruskan untuk meningkatkan jati diri pelajar dan membentuk sahsiah yang lebih unggul selari dengan akademik dan ko-kurikulumnya.