SRIKANDI UMMAH

Pada 25 Januari 2019 kelab Hal Ehwal Siswi telah mengadakan Program Srikandi Ummah Generasi Mahabbah (SUGM), iaitu salah satu aktiviti pendidikan rohani yang dikhususkan kepada para muslimat bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T melalui Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

Tausiyah ini disampaikan oleh Ustazah Siti Hajar binti Sheikh Abu Zaki As-sanggafuri Al-Hadrami bermula pada 8.30 pagi sehingga 1 tengahari dengan anggaran peserta seramai 50 hingga 60 orang termasuk mahasiswi MARSAH, Firqatul Masarrah dan rombongan dari pihak MCR serta beberapa orang awam turut mengikuti program ini. Tausiyah ini membawakan tajuk yang sangat menyentuh hati dan dekat dengan jiwa wanita iaitu mengenai bagaimana seseorang muslimah menghadapi cabaran revolusi akhir zaman ini. Seterusnya, para tetamu mendapat penerangan yang lebih jelas lagi melalui sesi soal jawab yang diajukan kepada penceramah. Semoga dengan program ini dapat melahirkan insan yang mampu meningkatkan kekuatan dalaman dan luaran bagi seseorang muslimah.