Majlis Menandatangani MoU dan MOA

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum of Agreement (MOA) antara UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia dengan Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Johor-Malaysia telah diadakan pada 13 Mac 2018 bertempat di Allium Batam Hotel, Kota Batam, Indonesia.

Perjanjian ini merangkumi kerjasama dalam aspek pendidikan, pengajaran dan program pertukaran pelajar/mahasiswa di antara kedua - dua buah institusi.

Pihak MARSAH diwakili oleh Prof. Dr. Abdul Ghafar Bin Ismail (Ketua Eksekutif MARSAH), Ustaz Muhammad Sanusi Bin M. Noh (Ketua Pendaftar MARSAH), Ustaz Othman Bin Sahalan (Ketua Jabatan Pengajian Islam MARSAH), Ustaz Mohammad Saih Bin M. Daud (Pensyarah MARSAH), Ustaz Muhamad Aizuddin Bin Mohd Noor (Pensyarah MARSAH) dan En. Wan Mohd Hazani Bin Wan Ibrahim (Pegawai IT MARSAH).

Manakala UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi diwakili oleh Dr. Hj. Fadlilah, M. Pd (Wakil Rektor III, Bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama), Dr. H. Abd. Ghaffar, M. Ag (Dekan Fakultas Ushuluddin dan Studi Agama), Dr. A. A. Miftah, M. Ag (Dekan Fakultas Syariah), H. Abdullah Firdaus, Lc, MA.,Ph.D (Wakil Dekan II Fakultas Ushuluddin dan Studi Agama) dan H.Hermanto Harun, Lc., M.HI., Ph.D (Wakil Dekan I Fakultas Syariah).