Program Amali Sembelihan

Program Amali Sembelihan ini telah dijalankan pada 21 Februari 2019 (Khamis) dan dianjurkan oleh Maahad Tahfiz al-Firdaous yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Jais bin Jantan dengan kerjasama PEMADAM Negeri Johor dan Ahli Jawatankauasa Asrama MARSAH.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya dadah dan pentingnya ilmu sembelihan. Antara agenda yang dijalankan adalah bacaan Yassin dan Doa Selamat bersempena peperiksaan akhir yang bakal berlangsung tidak lama lagi dan juga amali sembelihan dengan sebanyak 7 ekor ayam telah disembelih sebagai ‘tutorial’ sembelihan. Selepas itu, semua hadirin menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak Ustaz Jais dan AJK Asrama MARSAH antara hasil yang dapat diperolehi oleh para pelajar ialah bahayanya kesan penggunaan dadah dan para pelajar memperoleh ilmu sembelihan ayam yang betul. Harapan untuk program ini ialah untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan bagi asrama MARSAH dan ditambahbaik lagi kekurangan-kekurangan yang terdapat di dalam program ini.