PROGRAM EXPLORACE GEGAR AL-FALAH

Program Explorace Gegar Al-Falah ini dianjurkan oleh mahasiswa Diploma Kewangan dan Perbankan Islam Semester 2. Ia merupakan satu program jalinan dan hubungan dua hala yang telah dipersetujui dan terjalin antara Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2. Program ini berkonsepkan eksplorasi dengan tujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 45 orang yang merangkumi pelajar darjah 4, 5 dan 6. Terdapat 8 stesen yang diadakan semasa eksplorasi dijalankan. Objektif stesen ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama secara berpasukan dan tanggungjawab terhadap ahli dalam kumpulan. Program ini di bawah kelolaan Encik Mohd Izzat Izzudin bin Jafri yang merupakan Pensyarah pengurusan GERKO. Program ini melibatkan guru besar iaitu Puan Muhini Binti Abdullah, Panitia Pendidikan Islam seramai 11 orang guru diketuai oleh Puan Tuminah Binti Suradi. Program ini diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 pada pukul 6.30 pagi hingga 1.30 petang dan diakhiri penyampaian hadiah dan bersurai.