KEM BINA INSAN

Pembimbing Rakan Siswa MARSAH telah mengadakan program Kem Bina Insan ASPURI di SMK Tun Mamat, Tangkak pada 28 Februari hingga 2 Mac 2019. Program ini diadakan bertujuan membimbing pelajar sekolah untuk menjadi pelajar yang unggul bukan sahaja dari segi akademiknya tetapi juga unggul sahsiahnya.

Antara Latihan Dalam Kumpulan yang dijalankan mengajar tentang realiti semasa remaja dan mendidik menjadi insan yang baik dengan ajaran agama. Pelajar juga banyak didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan kekuatan dan keupayaan seseorang melalui semangat berpasukan dan emosi yang lebih sihat. Kem ini juga mampu mengembalikan semangat dan keyakinan diri yang pudar di awal tahun bagi mengejar apa yang perlu dicapai oleh setiap pelajar.

    Selain itu juga program sebegini adalah untuk membantu ahli-ahli Pembimbing Rakan Siswa untuk membakar semangat berpasukan dalam kelab dan terus memahami peranan dan tanggungjawab sebagai PRS adalah sentiasa membimbing dan membantu masyarakat sekitarnya.