KEM JATI DIRI

Pusat Kaunseling & Kerjaya, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah mengadakan program Kem Jati Diri di Kota Minda, Kota Tinggi pada 21 Feb- 23 Feb 2019. Kem ini merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman serta pengajaran secara langsung kepada para mahasiswa dalam konteks membina jati diri dalam diri individu.


Dalam program ini para mahasiswa diterapkan dengan kemahiran dan teknik belajar yang betul seperti cara pembentangan dan bagaimana hendak mencapai CGPA yang lebih baik dalam pengajian. Pelajar juga dapat  berkomunikasi antara program yang berbeza dan memupuk mahasiswa yang lebih berkeyakinan. Pelajar-pelajar ini akan  terdedah dengan realiti kepimpinan dan tanggungjawab. Fokus utama program ini telah berjaya dalam  membina jati diri pelajar bermasalah dari segi sahsiah dan akademik untuk tampil berpersonaliti hebat selepas program ini dijalankan.