Snapnpay Mobile App Service Agreement

Majlis Menandatangani Memorundam Persefahaman Aplikasi Saluran Kutipan Snap Pay di antara Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang telah berlangsung pada 15 Mei 2019 bertempat di Dewan Kuliah 1.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil dari BIMB iaitu Tuan Hj Abdullah bin Ibrahim, Pengurus Wilayah Selatan Bank Islam, En. Mohd Esa bin Daud, Pengurus Deposit Wilayah Selatan, En. Ikhmal Hadi bin Ibrahim, Pengurus Pengurusan Tunai, Zamri bin Zaidan, Pengurus Bank Islam Cawangan Johor Bahru.

Turut hadir Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail, Ketua Eksekutif MARSAH, Ustaz Muhammad Sanusi Md Noh, Pendaftar MARSAH, Ketua-ketua Jabatan dan staf MARSAH dalam menjayakan majlis tersebut.

Projek kerjasama di antara MARSAH dan BIMB ini adalah untuk menjalin hubungan dan kerjasama strategik antara kolej dengan institusi kewangan melalui idea dan kepakaran serta perlaksanaan program pembangunan selaras dengan revolusi industri 4.0. SnapNpay adalah aplikasi mudah alih dibangunkan SnapNPay LLP bagi membolehkan pelajar MARSAH membuat bayaran menggunakan enjin FPX dengan mengguna pakai maklumat atau data yang disimpan dalam mod kod QR atau kod Bar.Pelajar hanya perlu memuat turun aplikasi SnapNPay dari Playstore secara percuma.

Dalam majlis tersebut turut diadakan Majlis Penyerahan Zakat Pendidikan dari BIMB berjumlah RM 10,000 kepada MARSAH untuk disalurkan pelajar yang layak menerima. BIMB sebagai institusi kewangan yang mengamalkan prinsip perbankan Islam, memperuntukkan sejumlah zakat pendidikan untuk diagihkan kepada semua Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih.