Ketua Ekeskutif MARSAH menang Anugerah Utama Karya Suntingan Terbaik bagi Kategori : Kemanusiaan & Sains Sosial

Ketua Eksekutif MARSAH, Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail dianugerahi Anugerah Utama Karya Suntingan Terbaik Kategori : Kemanusiaan & Sains Sosial untuk bukunya yang berjudul Regulation & Supervision of Islamic Microfinance pada Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT).

Anugerah tersebut disampaikan oleh YB PuanTeo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.

Buku Regulation & Supervision of Islamic Microfinance merupakan karya suntingan Prof. Abdul Ghafar Ismail bersama dengan Dr. Abdelrahman  Elzahi.

Anugerah MAPIM-KPT 2018 merupakan anugerah berprestij tertinggi kebangsaan bagi mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).