Program Dakwah & Akademik Dakwah Wal Khitabah Siri II

28 Januari 2019 - Program Dakwah & Akademik Dakwah Wal Khitabah Siri II yang bertajuk Kemahiran Insaniah Melebihi Pengetahuan Akademik telah dianjurkan oleh Pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Semester 1 dengan kerjasama Kelab Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Program ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran insaniah di dalam setiap diri mahasiswa dan mahasiswi serta langkah-langkah untuk memperbaiki setiap kelemahan agar mahasiswa dan mahasiswi lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan serta mengadaptasikan kemahiran insaniah di dalam kehidupan seharian.

Antara tetamu undangan yang dijemput untuk menjayakan program ini, antaranya Puan Salina binti Hussain selaku Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Nur Heliza binti Helmi seorang penyanyi, model, pengacara Tv, penceramah, pakar motivasi, aktivis kemaknusiaan dan pelakon. Manakala Da'i Fahmi selaku moderator program.