Logo

  • Perkataan MARSAH pada gambar kitab ialah ringkasan Markaz Al-Dirasat Al-Islamiah Wa Al-Arabiyah, dan MARSAH itu sendiri membawa erti “tali yang kukuh”.
  • Kitab bewarna kuning melambangkan ilmu pengetahuan yang ditimba dari sumber yang asal.
  • Bulan sabit menjadi simbol keagungan Islam.
  • Bintang berbucu lapan dan Kubah masjid melambangkan pengajian yang berkembar dengan Universiti Al-Azhar khususnya.
  • Lingkaran tali pada keseluruhan logo bermaksud pertalian yang kukuh antara MARSAH, Universiti Al-Azhar, negeri Johor Darul Ta’zim dan ajaran Islam.

Warna :

  1. Putih - Melambangkan kesucian.
  2. Kuning - Melambangkan kedaulatan sultan bagi jajahan takluk negeri Johor Darul Ta’zim.
  3. Biru  - Melambangkan perpaduan matlamat dan wawasan.
  4. Merah  - Melambangkan perjuangan dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.