Khidmat ICT

  • Bahagian Teknologi Maklumat bertanggungjawab dalam aspek pengurusan sistem maklumat MARSAH dengan memastikan segala keperluan perlaksanaan dan perjalanan sistem maklumat MARSAH berjalan dengan sistematik dan lancar.
     
    Bahagian Teknologi Maklumat juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan media dapat disediakan dengan baik dan berfungsi mengikut keperluan organisasi. 
  • Misi
     
    Merancang, membangun, menyedia, menambahnilai dan menyelenggara prasarana dan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) MARSAH setaraf dengan minda masyarakat kelas pertama serta membudayakan ICT dengan mewujudkan persekitaran informatif dan ilmiah.
     
    Visi
     
    Berazam menjadikan ICT sebagai pemangkin dalam merealisasikan aspirasi visi, misi dan falsafah pendidikan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
    • Memastikan keperluan peralatan ICT dapati dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa.
    • Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan MARSAH.
    • Membangunkan dan mengenalpasti sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian kakitangan MARSAH.
    • Mensasarkan 80% aduan ICT diambil tindakan dalam tempoh 3 jam selepas aduan diterima.

     

  • BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
    • Menguruskan segala tugas pentadbiran dan pengurusan pusat
    • Memberi khidmat sokongan kepada semua unit di Pusat ICT
    • Menguruskan proses perolehan peralatan pejabat

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN SISTEM
    • Menjalankan kajian pembangunan sistem
    • Menyediakan sistem aplikasi yang mengikut piawaian.
    • Mempunyai kawalan keselamatan
    • Meningkat dan menyelenggara sistem aplikasi
    • Menyedia dokumentasi
    • Memberi latihan kepada pengguna
    • Mengawalselia pembangunan sistem

    BAHAGIAN PENYELENGGARAAN, MEMBAIKPULIH DAN PENGURUSAN RANGKAIAN
    • Membaikpulih dan menyelenggara peralatan komputer
    • Menyedia cadangan spesifikasi peralatan komputer mengikut keperluan dan perkembangan teknologi
    • Merekod dan memantau inventori peralatan komputer dan perisian
    • Menyediakan perkhidmatan rangkaian yang lancar dan berkesan untuk capaian kepada sumber komputer dan sistem aplikasi
    • Menyedia dan menyelenggara sistem rangkaian
    • Mengawal dan memantau keselamatan sistem rangkaian, komputer server dan data
    • Mengurus dan memantau perkhidmatan internet dan mel
  • Bahagian Teknologi Maklumat
    No. Nama Jawatan Email
    1 Wan Mohd Hazani Bin Wan Ibrahim Pegawai Teknologi Maklumat  
    2 Muhammad Syukri Shaa'ri Juruteknik Komputer