Perhubungan Awam

  • Bahagian Perhubungan Awam diwujudkan pada tahun 2015 bagi memantapkan lagi peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Pegawai Perhubungan Awam agar selari dengan hasrat dan aspirasi Kolej.
    • Mewujudkan perhubungan baik antara Kolej dengan pihak awam serta pihak media melalui strategi penyampaian maklumat yang berkesan demi mencapai objektif MARSAH secara keseluruhan;
    • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kolej melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak;
    • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan pihak media serta bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi Kolej melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, brosur, risalah; rakaman foto; dan video;
    • Memastikan aduan dan cadangan dari masyarakat dan media diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
    • Memastikan masyarakat dan media yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan dari pihak Kolej diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.
  • Untuk bertindak sebagai pemangkin imej korporat Kolej dengan menjadi pemerhati, pendengar dan penyampai maklumat pelanggan dan korporat kepada masyarakat.

    Selaku pengurus komunikasi dan perhubungan media serta pengawal selia, Bahagian Perhubungan Awam adalah bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan fungsi utama seperti berikut

    1. Hal Ehwal Korporat

    • Bertindak sebagai 'focal point' Kolej dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat Kolej, nasional dan global;
    • Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat Kolej;
    • Merancang dan melaksana program perhubungan awam Kolej; dan
    • Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan bagi tetamu Kolej dari dalam dan luar negara.

    2. Penerbitan

    • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap, program dan aktiviti, serta majlis rasmi Kolej melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
    • Menyelaras dan mengemaskini isi kandungan portal Kolej.

    3. Pengurusan Pelanggan/Aduan

    • Bertindak sebagai focal point Kolej dalam urusan penyampaian mutu perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan Kolej.
    • Merancang dan melaksanakan strategi penyampaian dan pengendalian pelanggan Kolej.
    • Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima daripada masyarakat atau media melalui surat, emel, telefon, faks dan sosial media.
    • Memantau dan menguruskan maklum balas isu-isu semasa berkaitan Kolej.

    4. Perhubungan Media

    • Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti bagi setiap program dan aktiviti serta majlis rasmi Kolej melalui stesen TV dan radio; bahan promosi seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan billboard; artikel untuk sisipan akhbar; teks ucapan; dan program penyampaian maklumat
    • Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media; dan
    • Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Kolej.

    5. Media Baharu

    • Memantau kandungan Portal Kolej.
    • Menguruskan akaun media sosial Kolej dengan memastikan isi kandungan sentiasa dikemaskini dengan program/aktiviti Kolej dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Kolej

    6. Penerbitan

    • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap, program dan aktiviti, serta majlis rasmi Kolej melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
    • Menyelaras dan mengemaskini isi kandungan portal Kolej.
  • Perhubungan Awam
    No. Nama Jawatan Email Samb
    1 Nur Ahmad bin Othman Kamal Pegawai Perhubungan Awam   2405