Perpustakaan

  • Perpustakaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) pada mulanya merupakan sebahagian daripada Perpustakaan Ma’ahad Johor yang beroperasi secara gunasama dan dikendalikan oleh dua orang staf, iaitu seorang Pustakawan (S41) dan seorang Pembantu Perpustakaan (S17). Walau bagaimanapun, pada tahun 2001, Perpustakaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) ini mula ditubuhkan dan bertindak sebagai pusat sumber dan rujukan pembelajaran kepada pelajar-pelajar, staf akademik dan pentadbiran, staf Jabatan Agama Johor dan Majlis Agama Islam Johor serta dibuka juga untuk rujukan masyarakat umum.
  • Misi
     
    Untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan maklumat melalui sumber-sumber yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
     
    Visi
    • Perpustakaan, sebagai pembekal maklumat utama kepada warga Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), akan menerajui perkembangan dasar maklumat.
    • Perpustakaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan sentiasa berusaha untuk menbangunkan koleksi dan meningkatkan akses kepada ilmu, menggalakkan komunikasi ilmiah dan menyediakan maklumat kepada komuniti akademik bagi menyokong usaha-usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
    • Pengguna Perpustakaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan beroleh manfaat daripada akses kepada sistem maklumat yang mesra pengguna dan perkhidmatan lain yang disediakan.
    • Kerjasama Perpustakaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan rakan institusi akan meningkatkan akses intelektual, melengkapi aktiviti pengajaran dan mempromosikan perkongsian sumber.
    • Kemudahan fizikal Perpustakaan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan menampung dan melindungi koleksi sedia ada dan akan memberi ruang untuk pertumbuhan jangka panjang yang dirancang serta akan menyediakan ruang yang kondusif untuk belajar, menyelidik dan penerokaan ilmu dan maklumat baru.



    • Untuk menyediakan perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti dengan bantuan staf yang terlatih dan sopan dalam kemudahan yang moden dan selesa.
    • Untuk menyediakan koleksi bahan bacaan berkualiti yang menyokong kurikulum.
    • Membantu pelajar, jabatan dan staf dalam mengenal pasti dan mencari maklumat dalam semua formatnya.
    • Untuk melibatkan diri dalam kerjasama serantau, negeri dan kebangsaan agar pelajar, jabatan dan staf mempunyai akses kepada maklumat yang lebih luas.
  • Perpustakaan
    No. Nama Jawatan Email Samb
    1 Neng Narashimah binti Ja'afar Pustakawan Kanan   2502
    2 Misbah bin Masjudi Pembantu Tadbir   2503
    3 Mohd Sahful Fuzi bin Abd Aziz Pembantu Tadbir   2503
    4 Nurul Jannah binti Sulaiman Pembantu Tadbir   2503