Pengenalan Diploma Kewangan Islam (MQA/PA 5076)

Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kefahaman dan penguasaan di bidang kewangan Islam tanpa mengabaikan pengetahuan di bidang kewangan konvensional. Lulusan program ini diharapkan dapat mempraktikkan ilmu kewangan Islam bagi memantapkan sistem kewangan Islam di Malaysia sekaligus dapat membina tenaga kerja yang berkualiti bagi keperluan pembangunan ekonomi negara.