Diploma Pendidikan Islam (A9229)

Diploma Pendidikan Islam (A9229) bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam sebagai asas penting kepada bakal Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Johor. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu Islam yang sahih dan benar, ilmu-ilmu pendidikan, ilmu-ilmu pengurusan dan kenegaraan. Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 4 tahun ( 8 semester).

(R/145/4/0061) (A9229/06557) 22 OKT 2018

Syarat Kemasukan

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan sekurang-kurangnya 3 kredit ATAU
  • Memiliki sijil-sijil lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia DAN
  • Lulus Peperiksaan Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor atau kelayakan yang setaraf dengannya ATAU
  • Lulus Ujian Penempatan / Penilaian Portfolio bagi calon yang bukan dari Negeri Johor

Yuran Pengajian

PROGRAMPERKARABAYARAN (RM)
Diploma
Pendidikan Islam
(Pelajar Tempatan)
Pendaftaran 100.00
Haluan Siswa 100.00
Alumni 50.00
Intensif Bahasa 100.00
Cagaran 200.00
Pengajian (RM 1,200.00 x 6 semester) 7,200.00
Penginapan (RM 900.00 x 6 semester) 5,400.00
Pengurusan Makmal (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
Perpustakaan (RM 90.00 x 6 semester) 540.00
Peperiksaan (RM 100.00 x 6 semester) 600.00
Kebajikan (RM 30.00 x 6 semester) 180.00
Insuran (RM 20.00 x 6 semester) 120.00
Aktiviti dan Kelab (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
JUMLAH KESELURUHAN 15, 550.00

 

PROGRAMPERKARABAYARAN (RM)
Diploma
Pendidikan Islam
(Pelajar Antarabangsa)
Pendaftaran 100.00
Haluan Siswa 100.00
Alumni 50.00
Intensif Bahasa 100.00
Cagaran 200.00
Pengajian 19,150.00
Penginapan 9,000.00
Pengurusan Makmal (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
Perpustakaan (RM 90.00 x 6 semester) 540.00
Peperiksaan (RM 100.00 x 6 semester) 600.00
Kebajikan (RM 30.00 x 6 semester) 180.00
Insuran (RM 20.00 x 6 semester) 120.00
Aktiviti dan Kelab (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
JUMLAH KESELURUHAN 31, 100.00

Matlamat Program

  • Graduan yang beriman, bertakwa, mahir dalam bidang keilmuan Islam dan berkebolehan mengaplikasikannya.
  • Graduan berakhlak luhur yang mahir berkomunikasi, boleh bekerjasama dan memiliki profesionalisme.
  • Graduan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan berkebolehan membuat keputusan yang tepat.
  • Graduan yang mampu menerokai bidang-bidang korporat, keusahawanan serta sains dan teknologi.

Subjek

  • Pengajian Malaysia 2 / Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Antarabangsa)
  • xx

Pembiayaan

  •     Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
  •     Yayasan Pelajaran Johor
  •     Bank Rakyat
  •     Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  •     Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  •     Bank Islam