Diploma Pendidikan Islam (A9229)
Diploma Pendidikan Islam (A9229) bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam sebagai asas penting kepada bakal Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Johor. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu Islam yang sahih dan benar, ilmu-ilmu pendidikan, ilmu-ilmu pengurusan dan kenegaraan. Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 4 tahun ( 8 semester).
(R/145/4/0061) (A9229/06557) 22 OKT 2018
Syarat Kemasukan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan sekurang-kurangnya 3 kredit ATAU
- Memiliki sijil-sijil lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia DAN
- Lulus Peperiksaan Darjah Khas Sekolah Agama Negeri Johor atau kelayakan yang setaraf dengannya ATAU
- Lulus Ujian Penempatan / Penilaian Portfolio bagi calon yang bukan dari Negeri Johor
Yuran Pengajian
PROGRAM | PERKARA | BAYARAN (RM) | |
---|---|---|---|
Diploma Pendidikan Islam (Pelajar Tempatan) |
Pendaftaran | 100.00 | |
Haluan Siswa | 100.00 | ||
Alumni | 50.00 | ||
Intensif Bahasa | 100.00 | ||
Cagaran | 200.00 | ||
Pengajian (RM 1,200.00 x 6 semester) | 7,200.00 | ||
Penginapan (RM 900.00 x 6 semester) | 5,400.00 | ||
Pengurusan Makmal (RM 80.00 x 6 semester) | 480.00 | ||
Perpustakaan (RM 90.00 x 6 semester) | 540.00 | ||
Peperiksaan (RM 100.00 x 6 semester) | 600.00 | ||
Kebajikan (RM 30.00 x 6 semester) | 180.00 | ||
Insuran (RM 20.00 x 6 semester) | 120.00 | ||
Aktiviti dan Kelab (RM 80.00 x 6 semester) | 480.00 | ||
JUMLAH KESELURUHAN | 15, 550.00 |
PROGRAM | PERKARA | BAYARAN (RM) | |
---|---|---|---|
Diploma Pendidikan Islam (Pelajar Antarabangsa) |
Pendaftaran | 100.00 | |
Haluan Siswa | 100.00 | ||
Alumni | 50.00 | ||
Intensif Bahasa | 100.00 | ||
Cagaran | 200.00 | ||
Pengajian | 19,150.00 | ||
Penginapan | 9,000.00 | ||
Pengurusan Makmal (RM 80.00 x 6 semester) | 480.00 | ||
Perpustakaan (RM 90.00 x 6 semester) | 540.00 | ||
Peperiksaan (RM 100.00 x 6 semester) | 600.00 | ||
Kebajikan (RM 30.00 x 6 semester) | 180.00 | ||
Insuran (RM 20.00 x 6 semester) | 120.00 | ||
Aktiviti dan Kelab (RM 80.00 x 6 semester) | 480.00 | ||
JUMLAH KESELURUHAN | 31, 100.00 |
Matlamat Program
- Graduan yang beriman, bertakwa, mahir dalam bidang keilmuan Islam dan berkebolehan mengaplikasikannya.
- Graduan berakhlak luhur yang mahir berkomunikasi, boleh bekerjasama dan memiliki profesionalisme.
- Graduan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan berkebolehan membuat keputusan yang tepat.
- Graduan yang mampu menerokai bidang-bidang korporat, keusahawanan serta sains dan teknologi.
Subjek
- Pengajian Malaysia 2 / Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Antarabangsa)
- xx
Pembiayaan
- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
- Yayasan Pelajaran Johor
- Bank Rakyat
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Bank Islam