Diploma Perbankan Islam (PA 5075)

(N/343/4/0171) (MQA/PA/5075) 12 FEB 2020

Program Diploma Perbankan Islam ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kefahaman dan penguasaan dalam bidang perbankan Islam tanpa mengabaikan pengetahuan dalam bidang perbankan konvensional. Lulusan program ini diharapkan dapat mempraktikkan ilmu perbankan Islam bagi memantapkan sistem perbankan Islam di Malaysia sekaligus dapat membina tenaga kerja yang berkualiti bagi keperluan pembangunan ekonomi negara. Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 4 tahun ( 8 semester).

Syarat Kemasukan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 matapelajaran; dan Lulus Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (atau setara) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat maqbul); dan Lulus Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (atau setara); atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

  • Beriman, bertakwa dan berkebolehan mendalami ilmu asas serta prinsip perbankan Islam secara teori dan praktikal
  • Mengenalpasti hukum hakam serta kaedah penyelesaian dan cara mengaplikasikannya dalam perbankan Islam
  • Berupaya menjelaskan kaedah pelaksanaan perbankan Islam secara berkesan.
  • Memberikan kerjasama yang baik dalam mengurus permasalahan perbankan Islam sama ada secara individu atau berkumpulan
  • Mempunyai etika, akhlak mulia dan tanggungjawab sebagai perunding dan pengamal Perbankan Islam dalam pembangunan Ummah.                  
  • Boleh berkomunikasi dengan baik bagi memelihara hubungan baik dengan masyarakat.
  • Menyedari kepentingan kajian dan penyelidikan dalam bidang Perbankan Islam secara berterusan.
  • Mempunyai minat dan pengetahuan untuk menceburkan diri dalam bidang pengurusan, perbankan, kewangan dan keusahawanan.

Subjek

Komponen wajib
  • Bahasa Melayu Komunikasi 1 (MPU 2133) @ Pengajian Malaysia 2 (MPU 2103)
  • Bahasa Inggeris Komunikasi (MPU 2522)
  • Pembangunan Sosio-ekonomi Malaysia (MPU 2532)
  • Khidmat Masyarakat (MPU 2542) @ Aktiviti Kurikulum (MPU 2452)
    • Pengurusan Gerko

MIF Core/ Common Core

  • Asas Fiqh
  • Akhlak Islamiah
  • Fiqh Muamalat
  • Akidah Islamiah
  • Pengantar Usul Fiqh
  • Hafalan Al-Quran dan Tajwid
  • Prinsip Ekonomi
  • Prinsip Pengurusan
  • Matematik Perniagaan

Disciplin Core

  • Pengenalan Kewangan Islam
  • Prinsip Perakaunan
  • Kontrak dalam Kewangan Islam
  • Perundangan dan Peraturan Perbankan Islam
  • Pelaburan Islam dan Pasaran Modal Islam
  • Perakaunan Islam
  • Statistik Perniagaan
  • Ekonomi Islam
  • Perancang Kewangan Islam
  • Operasi Pendepositan dan Pembiayaan
  • Teori Wang dan Bank
  • Pengurusan Perbankan Islam
  • Pengurusan Perbendaharaan Bank

Discipline Elective

  • Takaful
  • Asas Keusahawanan Islam
  • Bahasa Arab Komunikasi III

Industrial Training/ Project Paper   

  • Latihan Industri

Yuran Pengajian

PROGRAMPERKARABAYARAN (RM)
Diploma
Perbankan Islam
(Pelajar Tempatan)
Pendaftaran 100.00
Haluan Siswa 100.00
Alumni 50.00
Intensif Bahasa 100.00
Cagaran 200.00
Pengajian (RM 1,625.00 x 6 semester) 9,750.00
Penginapan (RM 900.00 x 6 semester) 5,400.00
Pengurusan Makmal (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
Perpustakaan (RM 90.00 x 6 semester) 540.00
Peperiksaan (RM 100.00 x 6 semester) 600.00
Kebajikan (RM 30.00 x 6 semester) 180.00
Insuran (RM 20.00 x 6 semester) 120.00
Aktiviti dan Kelab (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
JUMLAH KESELURUHAN 18, 100.00

PROGRAMPERKARABAYARAN (RM)
Diploma
Perbankan Islam
(Pelajar Antarabangsa)
Pendaftaran 100.00
Haluan Siswa 100.00
Alumni 50.00
Intensif Bahasa 100.00
Cagaran 200.00
Pengajian 12,714.00
Penginapan 6,750.00
Pengurusan Makmal (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
Perpustakaan (RM 90.00 x 6 semester) 540.00
Peperiksaan (RM 100.00 x 6 semester) 600.00
Kebajikan (RM 30.00 x 6 semester) 180.00
Insuran (RM 20.00 x 6 semester) 120.00
Aktiviti dan Kelab (RM 80.00 x 6 semester) 480.00
JUMLAH KESELURUHAN 22, 414.00

Pembiayaan

  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO)
  • Yayasan Pelajaran Johor
  • Bank Rakyat
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bank Islam