Sebut Harga Mei 2017

KENYATAAN PELAWAAN SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat pembersihan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti dibawah yang masih sah tempohnya untuk menyertai pelawaan sebutharga berikut.

NO. PELAWAAN SEBUTHARGA PERKARA KOD BIDANG
PENDAFTARAN


MARSAH/PTD/SH/01/01/2017

 

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN / BAHAGIAN BANGUNAN KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)

Pembersihan Bangunan & Pejabat

221001

Membersih Kawasan

221002

  1. Taklimat pelawaan sebutharga dan lawatan tapak akan diadakan pada 14 MEI 2017 (AHAD) (jam 9.00 pagi) di Bilik Mesyuarat, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Jalan Heman, Kg. Aman, 80350 Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor. Kesemua syarikat yang ingin menyertai pelawaan sebut harga ini DIWAJIBKAN HADIR TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK.
  2. Syarikat yang ingin menyertai pelawaan sebutharga ini hendaklah menunjukkan Sijil Akuan Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk semakan.
  3. Dokumen pelawaan sebutharga boleh diperolehi di Pejabat Pentadbiran dan Perkhidmatan, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Jalan Heman, Kg Aman, 80350 Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor mulai 02 MEI 2017 (SELASA).
  4. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap serta dokumen sokongan hendaklah dihantar pada atau sebelum pada  24 MEI 2017 (RABU) jam 12.00 tengahari di Pejabat Pentadbiran dan Perkhidmatan, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Jalan Heman, Kg Aman, 80350 Larkin Jaya, Johor Bahru. Sebut harga yang lewat dari tarikh  dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  5. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana  tawaran  atau  memberikan  apa-apa  sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.
  6. Keputusan pelawaan sebutharga adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.