Bahasa / Language
Informasi Kami
Joomla Slide Menu by DART Creations
Jabatan Pengajian
Joomla Slide Menu by DART Creations
Direktori Staf
Joomla Slide Menu by DART Creations
Pelajar
Joomla Slide Menu by DART Creations
Galeri
Joomla Slide Menu by DART Creations

 

Sponser Link

Maktabah

Pengenalan

Perpustakaan beroperasi di aras 2 bangunan kolej ini sebagai pusat sumber maklumat dan rujukan pembelajaran kepada pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej.

Kemudahan

Perpustakaan mempunyai ruang bacaan yang mampu memuatkan seramai 100 orang pengguna pada satu-satu masa dengan menyediakan 16 buah meja bacaan, 20 buah meja 'carrell', 15 buah kerusi bagi bilik pandang dengar dan 64 buah kerusi bacaan.

Koleksi

(a) Buku:

Perpustakaan mempunyai koleksi sebanyak lebih kurang 3000 tajuk buku-buku rujukan, bercetak dan tidak bercetak, yang sebahagian besarnya adalah berbahasa Arab.


(b) Jurnal dan Majalah:

Perpustakaan mempunyai sebanyak 15 tajuk jurnal dan 51 tajuk majalah pelbagai subjek, dan daripada jumlah ini, hanya satu tajuk majalah berbahasa Arab dan dua tajuk majalah berbahasa Inggeris. Selain itu, perpustakaan juga sedang giat berusaha untuk memperbanyakkan lagi jumlah langganan jurnal dan majalah berbahasa Arab dari negara-negara Timur Tengah bagi tujuan menggalakkan penggunaan bahasa Arab di kalangan pelajar kolej.

(c) Akhbar:

Perpustakaan menyediakan sebanyak tiga tajuk akhbar-akhbar perdana dengan dua salinan bagi setiap tajuk dan satu tajuk akhbar berbahasa Arab yang disumbangkan secara berkala oleh Kedutaan Kuwait di Kuala Lumpur.

Sirkulasi

Perpustakaan menyediakan kemudahan sirkulasi bagi hampir kesemua koleksinya, termasuk buku-buku bertanda merah atau buku-buku rujukan, kepada kesemua pensyarah, kakitangan dan pelajar kolej. Walau bagaimanapun, bagi bahan-bahan pandang dengar, akhbar, jurnal dan majalah, sirkulasi hanya dibenarkan kepada pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej sahaja. Ini adalah bagi tujuan menjaga keselamatan bahan-bahan tersebut.

Selain itu, perpustakaan juga memberi kebenaran kepada kakitangan Jabatan Agama Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk menggunakan kemudahannya dengan syarat kakitangan-kakitangan tersebut datang sendiri ke perpustakaan untuk tujuan pengisian borang peribadi untuk direkodkan oleh pihak perpustakaan.

Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain

(a) Perkhidmatan Menjelang Peperiksaan:

Perpustakaan akan melanjutkan waktu perkhidmatannya sehingga jam 6.00 petang bagi memastikan keselesaan pelajar-pelajar di dalam membuat rujukan dan mengulangkaji pelajaran menjelang musim peperiksaan.

(b) Perkhidmatan Fotokopi:

Perpustakaan juga ada menyediakan perkhidmatan fotokopi kepada penggunanya. Perkhidmatan ini adalah bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang dikehendaki walaupun ianya pada bahan rujukan bertanda merah.

(c) Khidmat Penjilidan:

Perpustakaan juga telah memperkenalkan perkhidmatan penjilidan. Perkhidmatan ini diperkenalkan setelah mendapat maklum balas daripada pengguna perpustakaan yang memerlukan perkhidmatan tersebut terutama ketika menyediakan kertas kerja bagi keperluan kursus.

(d) Talian Internet:

Perpustakaan juga telah menyediakan dua buah komputer bagi tujuan carian bahan rujukan di internet. Perkhidmatan ini sejajar dengan kehendak pencarian maklumat semasa yang sangat diperlukan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah di dalam penyelidikan mereka.

(e) Perkhidmatan Multimedia:

Pihak kolej juga ada menyediakan beberapa buah komputer yang diletakkan di perpustakaan untuk kegunaan pelajar kolej selain penggunaan di makmal komputer.




Last Updated (Monday, 08 November 2010 15:18)

 
Find the Best Web Hosting which offers reliable service and top quality support
Sepintas Lalu..
Pengumuman
  • Perpustakaan :
    Kepada semua pelajar, sila periksa status pemulangan buku pinjaman di Pustaka.
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini547
mod_vvisit_counterSemalam820
mod_vvisit_counterMinggu Ini3860
mod_vvisit_counterBulan Ini22912
mod_vvisit_counterKeseluruhan538645

We have: 11 guests online
Your IP: 38.107.179.220
 ,