Bahasa / Language
Informasi Kami
Joomla Slide Menu by DART Creations
Jabatan Pengajian
Joomla Slide Menu by DART Creations
Direktori Staf
Joomla Slide Menu by DART Creations
Pelajar
Joomla Slide Menu by DART Creations
Galeri
Joomla Slide Menu by DART Creations

 

Sponser Link

Ucapan Ketua Eksekutif

Amanah Ketua Esekutif Sempena Tahun 1432 H

Bersempena dengan tahun hijrah 1432H saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah khasnya kepada warga MARSAH dan semua bahagian pengurusan iaitu pentadbiran, akademik, hal ehwal pelajar, maktabah dan juga para pelajar serta seluruh umat Islam semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahkan rahmat dan inayahNya dengan memberikan keampunan dan keredhaan kepada kita terhadap segala amalan kita lakukan yang telah pada tahun 14231H. semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita untuk menghadapi tahun baru ini dengan penuh kekuatan iman bagi menghadapi segala cabaran yang mendatang yang tidak dapat kita pastikan apa yang ditentukanNya kepada kita.

Adalah menjadi satu ingatan kepada kita bahawa peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan satu pergerakan meninggalkan perkara – perkara yang negatif yang tidak bermanfaat kepada pergerakan yang positif serta mendatang faedah dan manfaat untuk duniawi dan ukrawi dengan mengatur strategi – strategi , matlamat dan persiapan pembaharuan sama ada secara jangka panjang ataupun secara jangka pendek yang drastik tanpa menangguh – nangguh atau mengambil sikap sambil lewa kerana sabda Nabi s.a.w.

Bermaksud “ sebaik – baik perkara itu adalah yang segera dilaksanakan”

Khasnya di dalam suasana kita yang berada dalam dunia yang mencabar seiring dengan teknologi yang bergerak pantas maka bahagian pengurusan dan pentadbiran harus mengorak langkah yang proaktif dalam melaksanakan tugas dan amanah yang di pertanggungjawabkan demi kelancaran pengurusan yang berkualiti dan berdaya saing dengan sebagai intitusi dan organsasi korporat.

Begitu juga dengan bahagian akademik intitusi pengajian ilmu yang berkembang dengan pesat membangunkan sistem dan kaedah pengajian berdaya saing dengan intitusi – intitusi yang telah lebih jauh maju kehadapan dalam misi memartabatkan ilmu dan teknologi sebagai teras utama jati diri yang menjurus kepada ketakwaan dan penyebaran Islam sebagai teras peradaban dan mengikis kejahilan terhadap agama dan kehidupan.

Bahagian hal ehwal pelajar juga perlu memainkan peranan penting dalam merekrut para pelajar dan membangunkan modal insan untuk generasi masa kini dan yang akan datang dengan mengadakan aktiviti dan program yang dapat melahirkan dan membimbing pelajar menjadi pelapis dalam perjuangan pemimpin yang dahulu dan sekarang.

Tidak lupa kepada para pelajar diharapkan dapat merubah sikap meninggalkan perkara – perkara yang merugikan diri dan ibubapa yang telah banyak berkorban tenaga, masa dan kewangan semata – mata ingin menjadikan anak soleh, berilmu dan berketrampilan dalam segala amalan serta tidak menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagai mana yang dapat difahamkan hadis sahih nabi s.a,w, yang bermaksud

“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (semulajadi /suci bersih). Kedua ibu bapanya yang menjadinya menjadikan Yahudi Nasrani atau Majusi.”

bahkan menjadi anak soleh berilmu dan beramal. Anda semua mahasiswa perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang merupakan senjata yang ampuh dalam segala hal yang merupakan wahyu dan dorongan Allah s.a.w sejak manusia dijadikan seterusnya menjadi pengajaran para anbia dan para rasul yang diutuskan untuk kebaikan umat manusia sejagat.

11. …. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri…(Surah Ar Ra'd)

Kepada staf sokongan adalah diseru menjadi kakitangan yang proaktif yang sentiasa mencurah khidmat bakti dan bantuan dengan melaksanakan segala arahan dan perancangan telah yangdigariskan.

Akhirnya, hendakan hijrah tidak ditafsir dan dinilai semata – mata sebagai satu pergerakan dan slogan tetapi hendaklah diterjemah sebagai ibadat yang yang akan membuahkan kejayaan duniawi dan ukhrawi yang mana setiap kita akan dipersoalkan di akhirat nanti. Wassalam..



Last Updated (Friday, 17 December 2010 15:20)

 
Find the Best Web Hosting which offers reliable service and top quality support
Sepintas Lalu..
Pengumuman
  • Perpustakaan :
    Kepada semua pelajar, sila periksa status pemulangan buku pinjaman di Pustaka.
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini551
mod_vvisit_counterSemalam820
mod_vvisit_counterMinggu Ini3864
mod_vvisit_counterBulan Ini22916
mod_vvisit_counterKeseluruhan538649

We have: 12 guests online
Your IP: 38.107.179.224
 ,