Bahasa / Language
Informasi Kami
Joomla Slide Menu by DART Creations
Jabatan Pengajian
Joomla Slide Menu by DART Creations
Direktori Staf
Joomla Slide Menu by DART Creations
Pelajar
Joomla Slide Menu by DART Creations
Galeri
Joomla Slide Menu by DART Creations

 

Sponser Link

Pendidikan Islam

Diploma Pendidikan Islam (PA 9229)

KPT(JPS)600-03/1363(32)

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam sebagai asas penting kepada bakal Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Johor. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu Islam yang sahih dan benar, ilmu-ilmu pendidikan, ilmu-ilmu pengurusan dan kenegaraan.

Falsafah

Kecemerlangan Pendidikan Agama Asas Pembentukan Insan

Visi

Merealisasikan Pendidikan Agama Yang Sempurna

Misi

Bertanggungjawab Melahirkan Bakal Guru Agama Terlatih Yang Berkualiti.

Matlamat

1. Menyampaikan ilmu pengetahuan pelbagai keperluan wajib,  major dan minor kepada pelajar.

2. Memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, sarjana dan Ph.D.

3. Mengendalikan kursus-kursus tambahan lain yang bermanfaat kepada pelajar sebagai asas sumbangan mereka kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang berfaedah.

4. Melahirkan bakal guru agama yang cemerlang dan berkualiti untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara

5. Bertanggungjawab menjaga dan mengawal kualiti kursus pengajian dari semasa ke semasa.

Objektif

1. Mendidik pelajar dalam pemerolehan ilmu dan kemahiran serta pemindahan pembelajaran berdasarkan kehendak Sukatan Pelajaran Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.

2. Menilai tahap prestasi dalam menghubungkait teori dan praktis dengan menggalakkan integrasi ilmu yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmu, pengalaman dan refleksi kendiri dalam konteks sebenar di Sekolah Agama.

3. Membina pelajar yang peka terhadap keperluan untuk menjadi seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak mulia sebagai memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Johor.

4. Memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar lepasan Silil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (Sijil Tertinggi Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor) yang berminat untuk menjadi Guru Sekolah Agama.

5. Menjadi pakar rujuk dalam penyelesaian kemelut dan masalah semasa yang dihadapai oleh masyarakat di samping menjalankan tugas rasmi sebagai guru agama yang versatile.

Tempoh Pengajian

Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 5 tahun ( 10 semester)

Yuran Pengajian

Bayaran pendaftaran (sekali shj):
1) PENDAFTARAN RM 100.00
2) WANG KEBAJIKAN RM 50.00
3) PERPUSTAKAAN RM 115.00
4) MAKMAL KOMPUTER RM 100.00
5) KAD PELAJAR RM 10.00
6) INSURANS TAKAFUL (3 tahun) RM 60.00
7) MINGGU SILATURRAHIM RM 100.00
JUMLAH RM 535.00
Setiap tahun:
1) PENGAJIAN RM 1,500.00
2) ASRAMA RM 500.00
3) PEPERIKSAAN RM 500.00
4) KHIDMAT KEBERSIHAN ASRAMA (SISWI) RM 10.00
JUMLAH (SISWA) RM2,500.00
(SISWI) RM2,510.00

Kemudahan yang disediakan

1. Perlindungan Insuran, Skim Perubatan Pelajar, Gelanggang Sukan dan Asrama

2. Perpustakaan, Makmal Komputer, Dewan Kuliah,

3. Bilik Kuliah dan Tutorial yang berhawa dingin

4. Pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi yang layak sahaja

5. Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN)

Matapelajaran

Bahasa Kebangsaan

Psikologi Pendidikan

Fiqh

Akhlak

Jawi

Tajwid dan Tilawah

Pengurusan GERKO

Teknologi Maklumat

Pedagogi

Usul Fiqh

Akidah

Hafazan

Bahasa Arab

GERKO (Persatuan)

Pengajian Islam

Pengukuran dan Penilaian Pendidikan

Bimbingan dan Kaunseling

Ulum Al-Hadith

Kaedah Pngajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

GERKO (Sukan dan Permainan)

Bahasa Melayu Komunikasi

Teknologi Pendidikan

Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam

Hadith

Sirah

GERKO (Unit Beruniform) Briged Ansar

Ulum Al-Quran

Parktikum 10 minggu

Pengajian Malaysia

Bahasa Inggeris Komunikasi

Tafsir

Taranum

Bahasa Arab Komunikasi

 

Last Updated (Thursday, 27 October 2011 08:19)

 
Find the Best Web Hosting which offers reliable service and top quality support
Sepintas Lalu..
Pengumuman
  • Perpustakaan :
    Kepada semua pelajar, sila periksa status pemulangan buku pinjaman di Pustaka.
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini547
mod_vvisit_counterSemalam820
mod_vvisit_counterMinggu Ini3860
mod_vvisit_counterBulan Ini22912
mod_vvisit_counterKeseluruhan538645

We have: 13 guests online
Your IP: 38.107.179.223
 ,